
Tidak semua individu memilih untuk ‘healing’ dengan cara yang sama.
Bagi pempengaruh dan suami kepada penyanyi Shila Amzah iaitu Ubai, melakukan servis e-hailing menjadi antara aktiviti yang mampu menghilangkan rasa bosan selepas penat memerah idea menghasilkan kandungan di media sosial.
Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, pekerjaan itu bukan sahaja menjadi terapi, malah memberi peluang untuk berinteraksi dengan orang ramai di samping memenuhi minatnya terhadap motosikal.
“Saya buat servis e-hailing jika saya bosan. Bila saya beli motosikal baharu, nak pergi ‘ride’ tak boleh. Jadi, saya bagitahu isteri yang saya nak buat benda itu.
“Bila bekerja sendiri dan sentiasa mencari idea untuk menghasilkan konten, ada kalanya saya bosan.
“Jadi, saya akan ambil cuti dan bila dapat berinteraksi dengan orang ramai kemudian dapat bayaran, balik rumah saya akan sambung kerja,” katanya kepada MH.
Mengulas reaksi isterinya terhadap pekerjaan tersebut, Ubai bertuah kerana Shila sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang membuatkan dirinya gembira.
“Shila memang tak kisah. Katanya, kalau saya gembira, dia pun gembira. Mungkin sudah menjadi stigma masyarakat, bila sudah menjadi artis atau punyai nama di media sosial, kita kena jaga standard.
“Saya dibesarkan dalam keluarga yang normal dan sederhana. Asalkan pekerjaan itu halal, tak buat salah atau kacau orang, saya okay,” ujarnya.



Baca Artikel Lain;
Ramai Kurang Faham Maksud ‘Freelancer’
Dalam pada itu, Ubai turut menjelaskan mengenai kerjayanya yang sering menjadi tanda tanya netizen sejak sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Shila.
Menurutnya, ramai tidak mengetahui bahawa dia sudah lama bergiat dalam industri digital sebelum menubuhkan platform dan syarikat produksinya sendiri.
“Perkara ini disebut-sebut sejak sebelum saya berkahwin lagi. Ada yang bertanya Ubai ini kerja apa? Segelintir sahaja yang tahu pekerjaan saya.
“Saya mula bekerja dalam bidang digital. Kemudian, saya bekerja di Astro, ML Studio dan seterusnya TikTok. Selepas hampir empat tahun, saya buka platform sendiri.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya punyai pasukan dan produksi sendiri. Segalanya masih berkait rapat dengan digital. Kita menghasilkan kempen-kempen untuk jenama-jenama bisnes,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Ubai berpandangan masih ramai yang kurang memahami konsep pekerjaan sebagai pekerja bebas atau freelancer, meskipun bidang tersebut semakin berkembang dalam era digital.
“Yang bertanya ini, mungkin mereka tak tahu pekerjaan ‘freelance’. Ada sesetengah rakan media, mereka berdiri sendiri juga. Mereka masih tak faham tentang pekerjaan freelance ini,” akhirinya.
Untuk rekod, Ubai dan Shila Amzah mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira.
Sebelum itu, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias sebelum bercerai pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

