Penyanyi popular era 1980-an, Rohana Jalil, 68, yang dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dua bulan lalu akibat kebocoran usus menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.33 malam tadi.
Khabar duka itu disahkan pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun.
“Arwah sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari tadi.
“Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang.
“Arwah pergi dengan tenang dan urusannya dipermudahkan,” katanya, petik BH Online.
Menurut Jepun, jenazah arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abdul Jalil akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.
“Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah berbuat datang ke Masjid Al-Falah, USJ9.
“Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur,” ujarnya.
Terdahulu, keadaan arwah semakin lemah, Jepun memaklumkan arwah diletakkan di wad pemantauan bagi membolehkan hospital memberikan lebih perhatian kepadanya.
Kebocoran usus dialami menyebabkan kuman sudah merebak ke beberapa organ utama seperti paru-paru dan buah pinggang.
“Doktor kata ada potensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa berikutan kuman sudah merebak, ia juga disebabkan faktor usia,” katanya.
Allahyarham Rohana berasal dari Kota Tinggi, Johor mula menceburkan diri dalam bidang seni selepas memenangi pertandingan Bintang RTM pada 1980.
Sepanjang empat dekad berkecimpung dalam bidang muzik, arwah sudah merakamkan lebih 20 album termasuk album kompilasi dan projek khas.
Antara lagu popularnya Rayuan Ku, Resah Ku, Kerana Dia Kita Terpisah, Faez dan Jauh Terkenang.
Allahyarham Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga cahaya mata perempuan.
Anak bongsunya, Syakila Nisha atau lebih dikenali dengan Kilafairy turut mengikut jejak langkahnya menjadi penyanyi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali figura pelawak dan hos terkenal Nabil Ahmad yang mulai berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.
Pelbagai kejayaan yang telah diraih bintang kelahiran Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan ini dan terbaru, dia tampil dalam siri animasi berjudul Lu Pikir La, Nabil! yang telah mula bersiaran menerusi laman rasmi YouTube MeleTOP.
Lu Pikir La, Nabil! adalah sebuah siri animasi yang mengisahkan zaman kanak-kanak Nabil yang penuh dengan angan-angan bersama momen persahabatannya bersama rakan-rakan sewaktu di kampung.
Bukan itu sahaja, siri animasi ini turut mengambarkan kekalutan teletah warga kampung yang diabadikan dalam bentuk lukisan oleh Nabil sendiri.
Menariknya, kesemua nama watak dalam siri animasi ini telah mengunakan nama sebenar warga kampung hos berusia 38 tahun itu.
Jangan ada yang tidak tahu, siri animasi ini merupakan sebuah siri animasi selebriti tempatan yang pertama dilancarkan di Malaysia.
Siri animasi ini mempunyai sebanyak 4 episod dan setiapnya berdurasi selama 4 minit sudah mula ditayangkan kepada orang ramai pada setiap hari Khamis, jam 9 malam mulai 14 Oktober yang lalu.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon dan pelawak, Ammar Titan iaitu Amalina Jamil berkongsi Khabar gembira selepas memaklumkan dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada tanggal 27 September lalu.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Amalina menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories.
Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut sempat berkongsi keadaan dan pengalamannya sewaktu berada di bilik bersalin.
“27 September 2021. Labour room, few hours before.
“Gambar pertama yang I dapat tangkap form my bed in labour room. Masa ni tangan gigil lagi but still nak ambil gambar.
“Baby came out at 10.15 pm, photo captured at 11.00 pm,” tulisnya.
Dalam pada itu, Amalina turut menzahirkan rasa syukur kerana segala urusan saat melahirkan telah pun dipermudahkan.
“MasyaAllah, tabarakallah. Segala puji bagi Allah. Baby girl may you be the coolest of our eyes,” kongsinya lagi.
Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Amar memaklumkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakan anaknya itu Maryam Malaika.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Ammar dan juga isterinya.
“Alhamdulillah, tahniah brother. Semoga Maryam dan ibunya sihat walafiat.
“Alhamdulillah, semoga jadi anak yang solehah.
“Tahniah Ammar dan isteri yang melahirkan baby Maryam. Moga semakin bahagia hingg ke syurga amin.
“Alhamdulillah, tak sabar nak jumpa Maryam,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ammar dan Amalina telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung bernama Airis Aisyah yang kini berusia 4 tahun.
Sumber: Instagram Ammar Titan & Amalina Jamil
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyatakan rasa gembira apabila hajat Hafidz untuk memperisterikan wanita pilihannya, Athira Yuhada tercapai.
Shuhada berkata, dia mendoakan kebahagiaan, sekali gus berjaya membuktikan apa yang didedahkan selama ini adalah benar.
“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.
“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.
Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram.
Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perceraian menerusi video dalam Instagram (IG).
Nora berkongsi...