Memasuki musim kedua, program Big Stage yang sebelum ini menobatkan Sarah Suhairi sebagai juara musim pertama mengetengahkan kelainan demi suatu persaingan sihat tahun ini.
Mengekalkan identiti sebagai platform terbaik barisan artis muda dalam mengetengahkan bakat nyanyian, Big Stage musim kedua menampilkan peserta dari luar negara khusus bagi memberi saingan sihat buat bintang remaja tempatan.
Buat julung kalinya, pentas Big Stage 2019 dibuka kepada penyertaan artis-artis dari negara luar seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Korea Selatan bagi menembusi tembok antarabangsa untuk penganjuran musim terbaru.
Nah, ini 12 barisan peserta Big Stage musim kedua yang bakal memberi saingan tahun ini!
Pertuturannya kali ini cukup teratur dan penuh kelembutan.
Menyantuni seorang ibu tunggal yang tabah menjaga tiga anak istimewa, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi kisah hiba di ruang Instagram.
Kata Aliff, ini adalah kali kedua dia bertemu keluarga istimewa yang berada di Jerantut, Pahang.
Ulasnya lagi, walau hampir dipukul oleh salah seorang anak syurga yang agak agresif, dia sayu mengenangkan nasib ibu tabah ini meneruskan hidup.
Pada masa sama, ibu ini turut menyatakan dia tidak akan keluar daripada rumah hatta untuk meraikan perayaan kerana perlu menjaga ketiga-tiga anaknya.
“Setuju tak?? Abang percaya, lagi banyak kita bantu orang, lagi mudah urusan
“Abang percaya, lagi banyak kita bantu orang, lagi mudah urusan kita.
“Ada yg perlukan bantuan sy lagi tak?? sila komen d bawah… sebanarya ini kali ke2 saya jumpa mereka..dan inilah inpian sy dari dulu iaitu membantu org susah jika sy ada rezki lebih.
“Pagi2 lagi abag bertolak dari kl ke jerantut utk berjmpa dgn anak istimewa ni utk abg bantu meringankan beban mak dia.. sbb ramai yg tag abang utk bantu ibu tunggal ni dgn brg keperluan asas dan wang ringgit.
“Sebnarnya abg takut sbb abag hampir dipukul oleh sorang anak syurga ni yang agak aggresif. bile abag jumpa mereka abag rasai ketabahan seorang ibu yang menjaga 3org serentak anak2 istimewa ini seorang diri.
“Betapa tabahnya seorang ibu yang bersabar dengan ujian yg dijalani,” tulisnya.
Penyanyi lagu Bobo Di Mana ini turut mengucapkan kesyukuran di atas kejayaan perniagaan yang menjadi paksi dia dapat menyalurkan bantuan dengan mudah.
“Dulu abag rse susahnya hidup ni tapi bila jumpa orang2 macam ni barulah abag sedar yg ramai lagi susah. hasil drpd bisnes abag as legacy n dherbs abag dapat membantu mereka dengan memberikan bantuan wang dN keperluan asas.
“Kalau korang nak tngok full vedio ada di youtube abg tv terlajaklaris..tertrima kasih semua yang menjayakan perniagaan abag dapat membantu orang lain. as legacy kejayaan tanpa batasan. sertai kami untuk kami membantu ramai orang susah diluar sana.
“You all perlukan extra income 1k setiap 2 minggu untuk tampung kos sara hidup yang semakin tinggi?,” kongsinya panjang lebar.
Rihana Oksana memaklumkan, anaknya Tengku Ismail Leon, Petra jatuh sakit. Sekalig gus, menjadi minggu menyedihkan buat ibu cantik ini.
Menurut Rihana menerusi perkongsian terkini menerusi Instagram, Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga.
Malah, Rihana turut mengakui ia terjadi atas kesilapannya sendiri kerana gagal menyelimutkan anak kecil itu menggunakan selimut tebal sejurus mandi.
“Minggu lalu antara minggu yang sungguh menyedihkan dan memberi tekanan kepada saya.
“Buat pertama kali, anak saya Leon jatuh sakit. Leon mengalami otitis atau radang dalam telinga kerana saya tidak menyelimutkannya dengan selimut tebal selepas mandi.
“Cuaca pada waktu itu sungguh sejuk iaitu 6 darjah celcius lebih-lebih lagi kami tinggal diluar bandar Moscow.
“Walaupun perkara itu sudah berlalu namun saya rasa sangat bersalah terhadap Leon,” maklumnya.
Pada masa sama, Rihana juga terpaksa memberikan ubat antibiotik yang kuat pada Leon. Malah anaknya juga tidak berselera makan selain sukar untuk tidur atas masalah yang dihadapi.
“Saya terpaksa memberikannya antibiotik dengan dos yang kuat walaupun usianya baru sepuluh minggu kerana masalah telinga yang dihadapinya boleh menyebabkannya hilang daya pendengaran.
“Leon juga mengalami masalah tidur dan hilang selera makan. Bagi setiap ibubapa, perkara paling ngeri yang dihadapi adalah apabila insan tersayang jatuh sakit.
“Insya Allah, dengan izinnya, kesihatan Leon akan bertambah baik. Terima kasih atas sokongan semua. Allah mendengar setiap doa kamu kepada Leon.
“Kepada seluruh ibubapa diluar sana, saya harap anak-anak kamu juga sihat, ceria dan baik-baik saja.
“Keluarga saya merancang untuk pergi bercuti musim panas ke Sepanyol namun doktor tidak membenarkan Leon menaiki pesawat dalam tempoh 3 hingga 4 bulan sehingga dia benar-benar sembuh.
“Menurut doktor, tekanan dari pesawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada Leon.
“Buat ibubapa diluar sana, boleh tak kongsikan kepada saya, jika anak-anak kamu pernah mengalami penyakit sama seperti Leon dan berapa lama tempoh mereka tidak dibenarkan menaiki kapal terbang?
“Selain itu, umur berapakah waktu yang sesuai dan selamat untuk anak kecil menaiki pesawat?,” tanya Rihana.
Sebelum ini, satu portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail ada melaporkan Rihana telah memeluk agama Islam awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada 22 November.
Difahamkan, pasangan tersebut turut dikurniakan putera sulung yang diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei 2019.
Terbaru, teka-teki mengenai status perkahwinan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dengan Rihana terjawab apabila peguam Sultan Kelantan, Koh Tien Hua mengesahkan pasangan itu sah bercerai talak tiga pada 22 Jun lalu.
Foto: Instagram Rihana Oksana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.
Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.
“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.
“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.
Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.
“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.
“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.
“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.
Cuma, suaminya Fattah Amin ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.
“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.
Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.
Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.