Jika terdahulu Neelofa telah dikecam teruk dengan netizen kerana mempromosikan suplemen untuk kanak-kanak, kali ini beberapa selebriti juga turut tidak terlepas melakukan perkara yang sama.

Tindakan sesetengah selebriti yang suka mempromosikan barangan kesihatan yang melibatkan kanak-kanak bukan sahaja dikritik netizen malah, ditegur oleh seorang doktor, Pakar Perunding Perubatan dan Netfologi di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah(HOSHAS), Termeloh, Pahang.

Secara ganeral, Doktor Rafidah Abdullah meminta selebriti Malaysia menjaga etika menjana pendapatan dan jangan sesekali melibatkan kanak-kanak dalam isu sebegini.

Menurutnya, lebih baik jika sesetengah selebriti menunjukkan beberapa senaman dan pemakanan yang sering dilakukan kerana ia lebih bermanfaat.

Bagaimanapun, Rafidah memberitahu dia tidak berniat untuk melakukan personal attack sebaliknya hanya ingn merayu agar selebriti lebih bertanggungjawab kerana semua masyarakat mengidolakan mereka…

Pesanan dan rayuan saya untuk kesemua artis tanahair di FB.

A post shared by Rafidah Abdullah (@rafidah72) on

IKLAN

Melalui sebuah posting lain, Rafidah memberitahu sebarang produk untuk kanak-kanak haruslah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bukan setakat label ‘makanan tambahan’ dan perlulah rujuk kepada pakar dan dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bukannya selebriti.

Bukan itu sahaja, Rafidah turut menjelaskan beberapa isu berkenaan suplemen untuk kanak-kanak melalui posting di Facebooknya.

Melalui kesimpulan artikel ‘Systematic Review’ Rafidah memberitahu tiada kajian yang berkualiti tinggi tentang ini sebegini.

IKLAN

Malah, dia tidak menolak sekirannya sesetengah ibu bapa yang ingin memberi anak-anak mereka makanan sunnah selagi ia segar dan tidak diprodukkan.

Rafidah turut menolak sekirannyua ada sesetengah individu ingin memberi anak mereka kesan glowing dan untuk pemutih atau gelapkan kulit.

IKLAN

Selain itu, Rafida turut menjelaskan tentang produk minda untuk kanak-kanak. Menurutnya sebenarnya kanak-kanak tidak memerlukan semua ini kerana perkara yang menjayakan minda seseorang itu terutamanya kanak-kanak adalah belajar, disiplin, dedikasi, usaha, doa dan sokongan ibu bapa. bukannya mengguna jalan singkat untuk berjaya!

Untuk kita renungkan hari ini?

A post shared by Rafidah Abdullah (@rafidah72) on

Harap di IG tak ada orang yang jual produk begini?

A post shared by Rafidah Abdullah (@rafidah72) on

Bagi MH sendiri, memang benar kata doktor ini, sebelum mengambil apa-apa suplimen terutamanya untuk kanak-kanak haruslah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Jadi lah pengguna yang bijak!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI