Usahawan yang juga anak tiri penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid mendedahkan dia banyak kali mendengar hal tidak berasas melibatkan Datuk Wira Dr Azizan Osman sepanjang tiga tahun meminta tunjuk ajar.
Bagi Asyraf, Dr Azizan disifatkan sebagai seorang guru atau mentor yang banyak memberi ilmu dalamdunia perniagaan yang diceburi.
”Biar betul anak Datuk K berguru dengan scammer? Ayat ini adalah yang banyak kali saya dengar sepanjang tiga tahun berguru dengan Dato Wira Dr Azizan Osman (Doc).
”Yes Doc adalah guru dan mentor saya dalam dunia perniagaan. Tapi apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul.
”Jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu perjelaskan perkara ini.
“Doc sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.
Asyraf antara lain menambah, dia bersama isteri Tya Arifin juga merupakan salah seorang ‘Titan Premier’ yang membawa jenama Mutyara.
“Both saya dan isteri dah belajar dengan Doc selama 3 tahun terakhir. Alhamdullillah, business kita juga berjaya untuk grow dah sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar, asbab guidance dari Doc yang sentiasa menyediakan kita untuk hadapi apa-apa situasi.
“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini.
“Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan ‘classmates’ saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” tulisnya lagi.
Ads
Asyraf memberitahu, antara pencapaian yang dilihat beliau sangat ‘power’ untuk PKS adalah Sabella yang berjaya buat jualan lebih dari RM100 juta untuk 2 tahun berturut-turut & Eskayvie yang sehingga Mei lalu saja dah mencapai lebih dari RM100 juta.
“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan grow apabila belajar bersama Doc.
“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.
Ads
“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak & orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya.
Sehingga kini, posting berkenaan sudah pun menerima hampir 500 tanda suka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selesa dikenali sebagai penyanyi lagu kerohanian, Fattah Amin akui dia kini lebih suka mendengar lagu-lagu bergenre sedemikian bagi memberikan ketenangan dalam menjalani kehidupan.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 32, dia dan isteri, aktres Nur Fazura juga turut sama berkongsi minat sama.
Malah, setiap kali dalam perjalanan ke pejabat, pasangan sejoli ini akan memasang playlist lagu-lagu kerohanian misalnya daripada Opick dan Lah Ahmad.
“Buat masa ini saya mahu dikenali sebagai penyanyi lagu kerohanian di samping masih lagi aktif berlakon.
“Bila kita dengar lagu-lagu kerohanian, ia akan membuatkan kita berasa lebih tenang dan ia satu terapi untuk halwa telinga kita.
“Kita kan sibuk dengan kerja, pergi ke sana ke sini, bila kita dengar lagu-lagu macam ini, kita (sentiasa) beringatlah orang cakap.
“Macam saya dan Faz kalau kami dalam perjalanan pergi ke pejabat, memang kami akan dengar lagu-lagu sebegitu.
“Antara yang ada dalam playlist kami, lagu-lagu daripada Opick, Lah Ahmad dan kumpulan Dewa,” katanya kepada MH.
Bintang filem Mat Kilau ini ditemui pada majlis pelancaran muzik video (MV) lagu terbaharunya, di Padamu yang di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu.
Padamu lagu ciptaan komposer Ikhwan Fatanna dan Wan Salleh.
Fattah juga mendedahkan dia turut mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas vokal bagi mengasah lagi skil nyanyiannya.
“Syukur vokal untuk lagu ini semakin bagus.Seperti juga dalam lakonan, kalau selalu buat latihan pasti akan jadi lebih baik.
“Selain itu, saya juga mengikuti kelas vokal bersama Cikgu Syafi dan Mark Adam sebelum ini,” ujarnya.
Lagu Padamu mula dilancarkan sejak April lalu dan MV boleh ditonton di saluran Youtube Fattah Amin bermula 9 Jun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Universal Music Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penampilan pelakon Mimi Ernida mencuri tumpuan ramai apabila imej serta video dirinya yang menyerupai aktres popular Bollywood, Alia Bhatt yang mendukung watak sebagai Ganga Jagjivandas Kathiawadi menerusi filem biografi Gangubai Kathiawadi tular di media sosial.
Mengenakan beberapa persalinan serta melakonkan balik babak ikonik filem berkenaan, nama bintang berusia 32 tahun ini pantas menjadi buah mulut rakan artis dan peminat.
“Betul ke sama? Sebab ramai yang cakap sama muka macam Alia Bhatt,” tulis Mimi di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen entri berkenaan, rata-ratanya berpendapat bahawa dia benar-benar saling tak tumpah seperti Alia Bhatt. Malah, rakan artis turut sama memuji.
Dalam pada itu, beberapa video sama juga turut tular di platform TikTok dan ada di antaranya yang menerima ratusan ribu tontonan.
Filem Bollywood, Gangubai Kathiawadi yang mencetuskan fenomena dunia itu kini boleh disaksikan menerusi Netflix, dilancarkan Februari lalu.
Selain Alia, filem berbajet besar arahan Sanjay Leela Bhansali itu turut menampilkan Ajay Devgn, Varun Kapoor, Shantanu Maheshwari dan ramai lagi.
Sekadar info, Mimi Ernida atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor mulai aktif dalam dunia hiburan sekitar tahun 2010.
Antara filem lakonannya sebelum ini termasuk Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah mengakui tidak semua orang boleh menerima atau memahami dirinya melainkan mereka yang benar-benar mengenali rapat.
Lebih 27 tahun dalam bidang seni, Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha,46, mendedahkan dia tidak bersikap hipokrit dan selasa menjadi diri sendiri
“Saya tetap dengan cara saya. Saya memang seorang yang terbuka, ‘outspoken’. Macam netizen yang mungkin bukan kawan saya, saya pun tak kenal siapa.
“Mungkin mereka tak boleh nak terima seadanya Ifa Raziah tu macam mana. Yang orang dalam industri yang sudah berpuluh tahun dengan saya selama 27 tahun, mereka sudah faham saya macam mana.
“Cuma orang di luar industri, netizen-netizen dia tak faham lagi. Baru je nak kenal, mula suka dengan Ifa Raziah,” katanya.
Ifa berkata demikian pada majlis Sidang Media Minggu Usahawan Negara 2022, Festival Fesyen & Kecantikan.
Turut dilancarkan pada majlis sama ialah Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Malaysia Grand Bazaar @ Lalaport, Bukit Bintang City Center pada Rabu.
Sementara itu, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga tidak mampu menepis sekiranya ada yang cuba menghangatkan isu melibatkan dirinya kerana sedia tahu tak boleh nak puaskan hati semua pihak.
“Dia macam ni, ada benda yang kita suka dan sebaliknya. Kita tak boleh puaskan hati semua orang untuk suka kita. Adakalanya mereka tak suka kita, tapi buat suka.
“Jadi kita layan sahaja. Kalau kata nak suka, atau nak cipta isu jadi viral lantak pi lah. Tapi itulah saya punya kenyataan ikhlas, pandangan dari saya.
“Janganlah dok ingat dengan pandangan netizen sahaja. Pandangan saya pun kena diambil kira juga,” katanya lagi.
Ifa pada masa sama turut meminta ramai membaca keseluruhan cerita selain selidiki terlebih dahulu sebelum membuat spekulasi tidak berasas apabila membabitkan sesebuah isu trending.
Terdahulu, Ifa Raziah meluahkan rasa ralat selepas dikecam netizen susulan satu rakaman video siaran langsungnya dimuat naik kembali oleh pengguna media sosial.
Potongan video yang sudah diedit itu mencetuskan tular selepas dia mendakwa sudah tiga kali pergi mengerjakan umrah meski belum berhijab.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.