Isu Tepuk Punggung; Sifatkan Anak-Anak Kasihan Sebab Dapat Ibu Macam Vida, Reaksi Cik B – “Saya Rasa Lebih Dari Bertuah…”

Baru-baru ini, nama usahawan popular, Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi bualan hangat berikutan isu menampar punggung yang turut melibatkan beberapa rakan usahawan lain.

Susulan daripada itu, Vida telah menerima kritikan hebat daripada netizen yang merasakan tindakkannya itu seperti agak keterlaluan dan tidak senonoh.

Malah, ada juga segelintir pihak yang berasa kasihan dengan anak-anaknya kerana memiliki ibu seperti Vida.

Kenyataan tersebut mendapat respon balas daripada anak perempuan Vida yang juga merupakan penyanyi dan pelakon, Cik B.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia sedikit pun tidak berasa malu sebaliknya, dia bertuah kerana dikurniakan ibu yang sangat hebat dan berkerja keras.

IKLAN

“Kesian? Lol saya rasa lebih dari Bertuah dapat ibu seperti mama seorang wanita yang hebat, kuat dan bijak.

“Awak lah patut beringat yang gambar atau video tidak menggambarkan sifat dan cara dia sebagai seorang manusia.

“Oh atau awak sebenarnya cemburu saya ada ibu seperti mama?,” tulisnya.

Respon tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tolonglah itu menerusi sebuah ciapan di laman Instagram pada Selasa.

Katanya lagi, sifat sebenar seseorang itu tidak boleh diukur hanya melalui perbuatan dan tindak tanduk mereka di media sosial.

Terdahulu, Vida telah pun menjelaskan insiden menampar punggung itu hanyalah sebagai gurauan semata-mata.

IKLAN

Insiden ini turut membabitkan tiga selebriti dan usahawan lain iaitu Ifa Raziah, Kak KM dan Rozita Ibrahim.

Memetik laporan Harian Metro, video yang tular di platform media sosial itu kini telah mendapat perhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

SKMM dalam satu kenyataan membuat siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida, Cik B & Twitter Cik B