Pelakon Puteri Sarah menyifatkan perceraian di antara bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar adalah takdir yang sudah tertulis.
Lebih setahun mendirikan rumah tangga, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira Kazar sejak 14 Ogos lalu.
Puteri Sarah tidak mahu ulas panjang daripada memberikan sebarang komen terhadap penderitaan orang lain.
“Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja.
“Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa,” katanya.
Ads
IMG 2597
Ditanya adakah dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya itu, Puteri Sarah berkata, fokus utamanya kini hanya untuk anak-anak.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, Alhamdulillah.
Ads
“Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin,”katanya lagi.
Terdahulu Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira Kazar sejak 14 Ogos lalu.
Ads
Hakim Syarie, Mohd Faizal Habis mengesahkan perkara itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 14 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Pada pendapat saya, hidayah itu milik Allah SWT. Kita tak boleh hukum hati atau niat seseorang.”
Demikian pendapat yang diberikan Pengarah Urusan Mursyid Alharamain Travel & Tours Sdn Bhd (MATTSB), Haji Muhammad Mursyid Abu Hassan susulan isu ada di antara golongan selebriti dan pempengaruh (influencer) yang rancak merakam aktiviti ketika melakukan umrah sehingga menimbulkan persepsi pelbagai di kalangan netizen.
Menurut Muhammad Mursyid, beliau tidak melihat apa-apa yang tidak baik sekiranya seseorang yang terkenal berkongsikan perkara positif yang boleh menarik minat pengikut (followers) untuk berbuat perkara sama.
“Sekiranya dia tangkap foto dan kongsi di media sosial kita kata dia menunjuk, riak dan sebagainya, tidak boleh jatuh hukum pada dia. Islam minta kita untuk ‘judge’ apa yang kita nampak.
“Sebab kita tak tahu mungkin ada yang melihat keindahan foto yang dikongsikan ketika itu mampu membuatkan ada yang nak pergi ke sana untuk tujuan sama (umrah). Tidakkah ia memberi satu hal yang baik kepada mereka yang tengok posting berkenaan?
“Begitulah juga sebaliknya. Kalau yang dikongsikan tidak baik, kita pun perlulah pandai untuk bezakan. Namun bila dia sudah melakukan kebaikan, apa salahnya untuk kita mendoakan yang baik-baik. Doakan hidayah untuknya.
“Bagaimana pun saya percaya ia satu trend (perkongsian foto dari individu terkenal di media sosal jadi ikutan). Macam contoh dia lakukan ibadat, kita kata tak sah sebab dia influencer, tak boleh begitu.
“Mungkin atas asbab video atau foto yang dikongsikan mereka, mampu memberikan hidayah kepada orang lain, InsyaaAllah. Dalam hal ini, saya lebih menyokong agar buatlah benda-benda yang baik. Paling penting istighfar, supaya tiada anasir (syaitan) tak kacau,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut kecewa dengan kemelut isu agensi umrah yang ditarik balik lesen serta peningkatan kes penipuan umrah oleh agensi palsu atau tidak berdaftar, baru-baru ini.
Pihaknya yang mempunyai lesen penuh IOTU Inbound, Outbound, Ticketing, Umrah KPK/LN 7767 di bawah Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC), mengambil berat maklum balas dan keselesaan pelanggan.
Ia sekaligus menjadi antara faktor utama syarikat berkenaan yang kini sukses membina keyakinan pelanggan sehingga bertahan selama 10 tahun.
“Pada peringkat awal perkhidmatan, ada yang mengadu mereka tidak berapa suka dengan rasa makanan yang disediakan ketika berada di Tanah Suci. Walaupun kami tidak dapat mengawal sepenuhnya perkara itu kerana penyediaan makanan ketika itu disediakan oleh pihak ketiga, tetapi kami mengambil aduan tersebut dengan serius.
“Kami ambil berat sebab kami memang hargai setiap jemaah. Malah kami berbesar hati apabila mereka sudi mengenali kami. Bagi kami, mereka bukan sekadar pelanggan tapi dah jadi macam keluarga. Seronok dapat raikan mereka. Satu kepuasan.
“Bertitik tolak dari maklum balas pelanggan juga kami berazam untuk mempunyai restoran dan katering sendiri supaya dapat mengawal kualiti makanan untuk jemaah,” katanya yang pernah meraih anugerah IKON Brand Awards 2022 dan Business Sinar Harian Awards (BISA) 20222 di bawah jenama Mursyid Alharamain.
Mengulas mengenai cabaran, Muhammad Mursyid tidak menafikan fasa pandemik COVID-19 menjadi ujian paling besar memandangkan dia dan isteri, Hajah Intan Fairuz Ramli tekad mengekalkan semua kakitangan dalam tempoh tersebut.
“Masa tu kami fikir ada tanggungjawab untuk lindungi keluarga dan kakitangan kami ini kami anggap sebahagian daripada keluarga. Alhamdulillah Allah ‘lorongkan’ untuk kami ubah fokus kepada penjualan kurma dan makanan sunnah sehingga kami tubuhkan syarikat baru, Alhijaz Universal Sdn Bhd ketika itu,” katanya lagi.
Bercerita mengenai perancangan pihaknya bercadang menceburi bidang perhotelan melalui syarikat baharu, Orak Villa & Resort selepas ini.
“Kami dah lalui 10 tahun pertama, 10 tahun kedua kami membuat perancangan lebih besar pada peringkat korporat termasuk nak wujudkan kumpulan syarikat Mursyid Alharamain.
“Kami mahu menjadi seperti sahabat Rasulullah, Usman bin Affan yang juga hartawan yang membantu memperkasa ekonomi umat Islam,” katanya yang turut mengumumkan pakej umrah percuma sempena Ulang Tahun Ke-10 penubuhan MATTSB.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon terkenal, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga awal pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Izham menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl yang juga merupakan anak ke tiga kami pada jam 1.25 pagi tadi,” katanya.
Menerusi entri yang sama, penjaga gol pasukan Sri Pahang itu turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang memangku bayi perempuannya itu.
Malah, Izham turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan atlet serta serta turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Izam dan Mia kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Izham dan Mia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata.
Terdahulu, selepas hampir lapan tahun bersama pasukan Johor Darul Takzim, Izham bakal memperkuat pasukan Sri Pahang bermua musim hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izham Tarmizi & Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi posting Instagram terkini, aktor Beto Kusyairy ada berkongsi foto lamanya bersama maskot ikonik tahun 90-an, ALONG yang pernah menghiasi kaca televisyen sebagai antara program kanak-kanak popular tidak lama dulu.
Selain foto tersebut, Beto turut berkongsi maskot terkini yang disarung, khusus bagi mendukung watak menerusi telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Seketika.
Katanya menerusi ruangan kapsyen, kali terakhir dia mengenakan maskot adalah pada tahun 2004 lalu sehinggalah diberi peluang untuk menyarung maskot kembali selepas 15 tahun.
Tugasnya pada ketika itu ialah menghiburkan kanak-kanak sambil berkongsi ilmu Matematik.
Lalu menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat teruja apabila mengetahui pelakon tersebut merupakan individu di balik maskot ALONG yang popular suatu masa lalu.
Malah ada juga yang berkongsi kisah saat menonton program kanak-kanak infomatif itu.
Foto : Instagram Beto Kusyairy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...