Beberapa minggu lalu ada kontroversi rumah tangga penyanyi, Zul 2by2 dan isterinya, Isma AF7 dikatakan sedang bergolak.

Perkara ini seperti dapat dihidu oleh netizen apabila Isma ada memuat naik beberapa posting menerusi akaun Instagramnya yang seolah-olah sedang mengahadapi masalah rumah tangga.

Menurut sumber Sinar Harian Isma mengakui rumah tangganya memang sedang bergolak dan dia tidak menyangka perkara ini dapat dihidu oleh orang ramai.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu posting daripada Zul di akaun Instagramnya yang berkongsi gambar bersama kesemua anaknya.

Apa yang menarik perhatian MH adalah di ruangan kapsyen gambar tersebut Zul menulis walau apapun yang terjadi dia akan tetap sayang dengan anak-anaknya hingga nafas yang terakhir.

IKLAN

A post shared by Zulkefli Majid (@zul2by2) on

“Kau mawarku .. juwita kalbu .. inilah rangkai nyawa ku …. Lampu hati Beta … mereka adalah segalanya .. Apa pun terjadi Abah sayang anak2 Abah sampai nafas terakhir.. Love u all so much .. ❤❤❤ ,” tulis Zul.

Sayu pula hati MH selepas membaca tulisan Zul ini meluahkan rasa kasih dan sayangnya buat anak-anak tercinta.

Di ruangan komen pula MH lihat ramai yang meninggalkan komen-komen positif buat Zul dan Isma dengan mendoakan agar pasangan ini kekal hingga ke syurga.

IKLAN

m.o.m.m.y_l.o.n.g: Moga abg @zul2by2 dan kak @ismaliza_tanty kekal berkasih sayang hingga ke jannah..kami semua doakan

suzanazainal8: Semoga Kekal Hingga Ke Jannah..Abg Zul dgn Isma…???

IKLAN

izanmuid: Smga Abg Zul Dan Kak Isma Bahahia hingga syurga..Smga kuat dan tabah harungi dugaan yg mendatang

are_inn: Moga segalanya baik2 aje.. Moga kekal hbgn ksh syg smpai bila2.. Amin…

MH juga turut mendoakan agar rumah tangga pasangan ini sentiasa berada dalam keadaan baik dan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.

Sumber: Sinar Harian & Instagram Zul 2by2

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI