Di kala semua sibuk menyanyi lagi Si Nopal, Black memuatnaik versi tersendiri. Si Nopal mendapat nafas baru dalam bentuk nasyid.
Klip pendek ini melihatkan tiga sahabat menyanyi dan berqasidah lagu Berkhemah Sama Si Nopal. Cuba merakam dengan aksi serius namun ‘pecah’ di tengah jalan.
Berkongsi video tular mengenai seorang wanita mendakwa diculik pemandu Go-Jek di laman Twitter, Nabila Huda turut memberikan reaksi tidak berpuas hati dengan wanita terbabit.
Menyatakan individu itu cuba mencipta drama dengan mengada-adakan cerita. Malah babak tidak boleh membuka pintu apabila dikunci automatik hanyalah dalam drama.
“Sick ah that lady..Kau dah panic,dah salah.takut pergi police station.create scene Dia lock the door?it’s autolock lah!haha.kan boleh je buka sendiri guna tangan.
“Yang cuba buka Tapi tak boleh buka tu dalam drama je weh.Reality boleh je buka lock tu sendiri.Abang ni steady ah,” tulisnya.
Tular semalam kisah seorang wanita berbangsa Cina mendakwa seorang pemandu Go-Jek ingin menculiknya.
Pemandu tersebut menerusi laman Facebook menyatakan penumpang tersebut mendakwa dia ingin menculiknya gara-gara mengelak menggunakan E.R.P (tol elektronik).
Lebih menarik, lelaki yang dituduh menculik ini yang membawa penumpang tersebut ke balai polis.
Malah, laporan polis dan Gojek telah dilakukan untuk keselamatan dirinya.
“After few day of thinking. I guess i better to let it out. Pax accuse me of kidnapping her just bcoz of E.R.P….. i have already make police report & report to gojek.
“Be care to all phv driver. Blk 251 Bishan St 22 to 1 Coleman St @ 7.10am …..how to avoid ERP? She keep telling that i trying to cheat her. I ask her tell me if she know how to avoid ERP but she cant direct me to where should i go to avoid ERP,” luahnya menerusi laman Facebook Go-Jek Singapore Community.
Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey ada memuat naik sekeping foto di Instgaramnya bari-baru ini.
Apa yang menarik minat Fad untuk memuat naik gambar tersebut adalah kerana ramai netizen mulai tag namanya dan menganggap Fad ‘kembar’ Takiya Genji, seorang pelakon aksi Jepun.
“Dah berapa hari aku perhati je yg tag ,harini aku tampil .kepada director semua klu ada watak gengster jgn cri org lain dah .cri sy je .tak skrg ni masalahnya mcm mna boleh sama ni !!!,” tulis Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie bin Mohd Nizam.
Menerusi ruangan komen pula, netizen terhibur dengan posting tersebut dan mengiyakan bahawa Fad dan Genji mempunyai persamaan, yang membezakannya adalah kedudukan tahi lalat sahaja.
Jadi, pada pendapat korang sama atau tidak?
Foto : Instagram Fad Bocey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lana Nodin memberikan dedikasi buat peminat yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesihatan anak keduanya, William Daud McKienzie yang baru sahaja selamat menjalani pembedahan jantung baru-baru ini.
Pada masa sama, Lana turut memberitahu anaknya itu sudah dibenarkan pulang esok.
“Ni la moment malam pertama bile sy di masukkan di hospital ijn untuk menjalani procedure untuk jantung sy…dengan berkat doa2 orang di luar sane beri semangat pada sy dan mommy sy… Alhamdulillah sy dah boleh keluar esok dengan sihat…
“Terima kasih pada semua yg x henti2 doakan sy dan beri kata semangat oada mommy sy… Dan terima kasih to staff ijn dan doktor2 yg tak putus asa selamatkan sy tempoh hari…10 mins waktu yang sangat berharga untuk sy.
“Nanti sy dah sihat sepenuhnya dan ready utk jalan2 sy akan ikut teman mommy pegi event2… Mesti nak jumpa org ramai yg doakan sy hari tu… Insyallah dan terima kasih semua… Esok baby Billy balik umah,” tulisnya.
Pelakon Emma Maembong tidak mahu mengulas secara terperinci berhubung isu melibatkan kakaknya, Beby Maembong, yang dilaporkan berdepan tuntutan berjumlah RM80 juta daripada usahawan kosmetik, Safiey Illias.