Ekoran insiden kerugian lebih RM300,000 apabila kira-kira 500 ekor Ikan Kelah belaannya mati, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri menyelar tindakan netizen yang mengkritik dan membuat tuduhan ke atas dirinya.
Ulas Aliff menerusi laman Instagram, ikan tersebut mati disebabkan kekurangan oksigen, bukan berpunca daripada khilaf dirinya.
“Tak payah nak ajar kita jaga ikan kalau nak ajar jumpa jee.
“Ikan mati sbb ribut dan api mati pengawal tido… bukan sbb abg.. abg tgh sedih ni.. patutnya suport lah abag.
Ads
“Abang ni kan menyampah betul lah ada jee yg x kena.. bukan salah abg.. tak payah nak ajar ajak abang macam mana cari jaga ikan.. abang dah lama jaga ikan koi jelun,kelah ni.. jaga je ikan awak tu .. x pyah Ajar2 kita.
“Ikan kita-kita dah bela lama dah pun sebelum awak bela ikan abg dah bela.. apa masalahnya tak payah nak perli-perli kita.. @datoserivida .. ikan kita semua ori koi jelun bukan local koi.. lain kali jumpa jee deal depan2 kan senang,” jelasnya dengan menyebut nama Datuk Seri Vida.
Jika di tanah air, di mana-mana sahaja kelibat penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berada pasti menjadi perhatian peminat setianya.
Namun, ketenangan tidak dikenali atau ‘diganggu’ saat mengerjakan umrah merupakan menjadi perkara yang dirindui Siti apabila dia dapat menunaikan ibadah dengan sempurna seadanya.
Menerusi perkongsian IG Live yang dibuat Siti sebentar tadi, air mata pelantun lagu Lip Lap Raya itu turut gugur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk dijemput menjadi tetamu Allah.
“Ini yang saya rindu sebenarnya, saya dapat jadi orang biasa… saya dapat hidup macam ni.
“Saya dapat duduk dengan orang-orang biasa macam ini buatkan saya jadi manusia yang sekecil-kecilnya.
“Saya suka duduk macam ni, dengan ramai-ramai macam ini. Orang tak kenal saya pun dan masing-masing pun tengah berdoa, semua berebut untuk berdoa,” katanya sambil menyeka air mata.
Kali ini kedatangan Siti ke Mekah tidak ditemani suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa sebaliknya penyanyi itu ditemani kakak ipar, Datin Zaiton Mohd Jiwa dan pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Berterima kasih di atas keizinan suaminya, Siti juga mengakui merindui kedua-dua anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa yang terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan suami serta penjaganya.
“Walaupun suami saya tak ikut tapi dia mengizinkan saya pergi itu dah satu rahmat yang besar sebab dia tahu saya rindukan Mekah, Kaabah.
“Walaupun saya berat hati tinggalkan anak-anak tapi saya tahu Allah jaga anak-anak saya… kalau cakap pasal Aafiyah, Afwa nanti saya menangis lagi banyak,” katanya.
Dalam video itu juga, Siti sempat membacakan doa beberapa pengikut yang dikirimkan menerusi laman Instagramnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.”
Demikian kata penyanyi Datuk Nora Ariffin sebagai mengulas sepotong video dia diceraikan bekas suami, Dr Rushdi Ramli di yang dimuat naiknya di akaun Instagram pada Ogos lalu.
Menceritakan semula detik itu, Nora mendakwa, bekas suaminya itu menerima satu panggilan telefon yang meminta untuk menceraikannya.
“Ketika kejadian, kami baru selesai solat Subuh dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya.
“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberikan ‘arahan’ itu.
“Disebabkan terlalu emosi saya merakam situasi itu lalu memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, Kuala Lumpur, hari ini.
Nora bagaimanapun mengakui tindakannya berkongsi video tersebut di media sosial adalah satu kesilapan dan sudah memohon maaf kepada pihak yang terbabit.
“Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.
“Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya.
“Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.
“Tetapi saya sudah memohon maaf kepada bekas suami dan dia sudah memaafkan saya. Dia tahu apa keadaan masa itu dan sekarang ini hubungan kami baik-baik saja,” katanya lagi.
Ditanya mengenai bilakah usia perkahwinan yang dibina bersama bekas suami, Nora memberitahu, biarlah perkara itu menjadi rahsia antara mereka.
Terdahulu pada 12 Ogos lalu, Dr Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi sebuah video berdurasi 52 saat.
Namun Nora menjelaskan, perceraian itu berlaku sebelum tarikh video tersebut dimuat naik.
Malah selepas video berkenaan menerima reaksi ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang.
Namun video berkenaan sudah dipadamkan di akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Selepas itu, Nora mengumumkan sudah Kembali bergelar isteri kepada Rushdi dalam satu majlis yang diadakan di sekitar hujung tahun 2021.
Penyanyi tersebut enggan menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan perkahwinannya dan hanya memaklumkan Rushdi merupakan sahabat baik kepada Johan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman akaun Instagram.
Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mendedahkan, dia tidak pernah berpisah dengan anak gadisnya, Cik B dalam satu tempoh masa yang lama.
Lalu, Vida telah hadir ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk bertemu dengan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin ketika membuat sesi latihan di pentas Muzikal Lawak Superstar musim kedua.
“Tak pernah BERPISAH LAMA DGN CIK B…KALI NI LAMA..CIK B KENA DOK KL KERANA KOMITMEN DALAM MUZIKAL LAWAK.
“CEPATNYA MASA BERLALU. CIK B DAH 15 TAHUN..2 Minggu @cikb_havoc66 tak balik, sibuk dengan show sini sana, muzikal lawak superstar lagi.
“Semalam saya ada meeting di Putrajaya.
“boleh saya melawat Cik B. saya bawak makanan favourite dia. Dapat jumpa cik B MELEPASKAN RINDU..,” tulis Vida.
Selepas menceburi dalam nyanyian dan lakonan, kini Cik B kini turut melibatkan dalam rancangan hiburan Muzikal Lawak Superstar musim kedua yang disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna.
Antara 14 kumpulan yang bertanding di dalam program berkenaan, Cik B bersaing bersama kumpulan ABC yang dianggotai pelawak Achok dan Chiwan (Chilok).
Foto: Instagram DSV
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Andi Bernadee, kembali memikat peminat dengan single terbaharunya berjudul Siapakah Namamu, sebuah lagu yang mengangkat kisah indah pertemuan cinta yang tidak...