Meski hampir 25 tahun bergelar anak seni, penyanyi Amy Mastura tetap menghargai peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya.
Baru-baru ini, bintang filem Puteri Impian itu telah meluangkan masa bersama kelab peminatnya di larian Batik Fun Walk 2019.
Malah, penyanyi berusia 48 tahun itu berkongsi momen tersebut menerusi akaun Instagram miliknya.
“Alhamdulillah beriadah bersama amfc. Dpt medal!!! Dah rasa sehat kan. Tq semua yg sudi luangkan masa bersama. Insyallah lain kali jumpa lg #amfcselamanya,” tulisnya.
Lantas, perkongsian Amy menjadi perhatian sekaligus menerima pujian daripada netizen.
Ads
Rata-rata netizen memuji sikap baik dan rendah diri Amy yang sentiasa menghargai peminatnya.
Ads
Untuk rekod, Amy atau nama sebenarnya telah dilahirkan pada 10 Mei 1971 di Batu Gajah, Perak dan telah mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.
Tanggal 5 Julai 2014 menjadi detik sedih bercampur reda buat penyanyi dan pelakon, Linda Rafar atas pemergian anaknya, Rezaimin Keifli atau mesra dengan panggilan Memen akibat kanser limfoma (ketumbukan kronik dalam perut).
Linda, 41, baru-baru ini berkesempatan bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki yang turut menghidap penyakit sama seperti Allahyarham Memen.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut merupakan peminat fanatik kumpulan Elite.
“Im not strong..Ya allah kuatkan la hambamu ini ..Reason why linda dah lama x join any sharing talk di pusat cancer,hospital,sekolah2,pusat kebajikan masyarakat,anak yatim n etc.. linda x kuat.
“Posted @withrepost • @puteri_elite Pertemuan yang Allah aturkan harini pastinya amat bermakna buat adik ini kerana merupakan peminat cilik Linda Rafar.
“Namun pastinya meruntun jiwa kita dan juga Linda Rafar bila tahu keadaan adik istimewa ini yang sedang diuji dengan ujian besar,” tulisnya menerusi posting yang ‘dipost’ kembali itu.
Malah, pemilik nama penuh Azlinda Rafar ini juga terkenang akan arwah anaknya.
“Detik ini juga mengingatkan Kak Linda ngan arwah Memen. Sama2 kita doakan adik ini dan kakaknya terus kuat diberikan kesihatan yang baik dan diberi kesembuhan, semoga keluarga adik ini cekal, tabah dan terus berjuang, Amin,” kongsinya sambil disertakan video yang menyentuh perasaan.
Penyampai radio, Abby Fana atau nama sebenarnya, Habsah Omar memaklumkan bapanya, Omar Abu Bakar telah pergi mengadap Illahi, Jumaat lalu.
Berita tersebut disampaikan bintang radio itu menerusi Instagram, awal semalam.
“Semua kita akan ke sana juga kan… Terima kasih semua di atas ingatan & doa kalian. Mohon sedekahkan alfatihah buat ayahanda saya Omar Bin Abu Bakar.
“Moga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 beriman & beramal soleh. Terlalu banyak kenangan antara saya & ayah.
“Kenangan yg ini (swipe) terakam pd 20.10.19…tiada apa yg luar biasa cuma sy sempat meminta ampun & maaf dpd ayah, mohon halal makan & minum dunia & akhirat.
“Ayah angguk sambil berkata …’ya nak’, kami saling berpelukan & sy cium ayah…rupanya itulah momen terakhir kami,” tulisnya.
Berkongsi sekeping artikel memaparkan bayi pra-matang sebesar patung Barbie sewaktu dilahirkan, Abby Abadi mendedahkan anak bongsu, Muhammad Danial Firman Faizal mempunyai fizikal yang sama seperti itu.
Malah maklumnya, Baby D dilahirkan sewaktu 23 minggu, bukan 24 minggu seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
“Nak bagitahu: Lebih kurang besar nilah baby Sy waktu awal kelahiran haritu.
“Dan sedikit pembetulan, anak sy lahir 23minggu, bukan 24minggu mcm yg Sy maklumkan sebelum ni. Cuma di Malaysia bila anak di NICU serba tak buleh ambil gambar/siarkan. Jadi doakan saja yg terbaik ALLAH SWT izinkan utk anak Sy Muhammad Danial Firman Faizal ye.
"Jangan putus doakan Baby D Sy terus kuat & bertahan hingga dapat jumpa semua orang ye.. Amin,” tulisnya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.