Filem hantu yang melibatkan anak patung tidak dinafikan memang menyeramkan dan menakutkan.Antaranya yang sedang hangat ditayangkan sekarang adalah filem Annabelle yang dikatakan menyeramkan. 

Annabelle Dahului Carta Box Office, Terbitan Anak Tempatan

Ini kerana filem ini merupakan adaptasi daripada sebuah kisah benar.

Justeru tidak hairanlah apabila Annabelle: Creation telah mencatat kutipan kira-kira US$35 juta di panggung wayang Amerika Utara pada hujung minggu, menjadikannya filem terbaik dan mendahului carta Box Office.

IKLAN

Pembukaan filem ini hampir menyamai filem sebelum ini, Annabelle 1 yang dibuka dengan US$37.1 juta pada bulan Oktober 2014.

Menariknya, filem seram ini diterbitkan oleh anak jati tempatan yang berasal dari Kuching Sarawak, James Wan.

Annabelle Dahului Carta Box Office, Terbitan Anak Tempatan

IKLAN

“Imaginasi saya terlalu menakutkan diri saya, tetapi apa membuatkan saya sangat gembira kerana tidak melalui sebarang pengalaman ngeri dan ghaib dalam kehidupan harian. Apa yang saya fikirkan, ianya lebih menakutkan,” katanya diselangi dengan ketawa.

James juga berkata bahawa Annabelle: Creation direka seperti kisah asal dan pada awalnya dia mengatakan ia adalah sekuel tetapi akhirnya penonton akan menyedari bahawa cerita itu berlaku sebelum filem Annabelle yang pertama.

Ramai tidak melepaskan peluang menonton sendiri filem Annabelle: Creation yang mula ditayangkan 10 Ogos lalu dan mendapat rating 100 peratus undian di Rottern Tomatoes. Ramai yang berkongsi dan setuju bahawa filem itu sememangnya seram!

IKLAN

Annabelle Dahului Carta Box Office, Terbitan Anak Tempatan

Jom tonton trailer di bawah ini :

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI