Pelakon Anna Jobling meluahkan perasaannya gara-gara dakwaan seorang pengguna Twitter yang mengatakan dia berlagak ketika bersiaran di siaran langsung TikTok, baru-baru ini.
Menurut individu tersebut yang dipercayai dari Indonesia, dia menulis di laman Twitter miliknya mengatakan Anna kelihatan tidak mahu kalah serta nampak garang dan enggan namanya dikaitkan dengan hero gandingannya menerusi drama Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen.
“Di live Tiktok tadi, Anna kelihatan banget sifat aslinya yang tidak mahu kalah dan garang juga dan tidak mahu dikaitkan sama Meme (Meerqeen) bahkan Meme join (live TikTok) sahaja tak mahu (diberi), kenapa deh lu Anna. Fu#* lah sifat you yang garang sangat,” tulis individu berkenaan.
Tampil mempertahankan dirinya, Anna menyarankan netizen tersebut untuk lebih baik berdiam daripada menaburkan fitnah tentang dirinya.
“Dah tahu garang, baik diam. Get a life, at least i don’t go around spreading fitnah about people i tak kenal (sekurang-kurangnya saya tidak menyebarkan fitnah tentang orang yang saya tidak kenal),” balas Anna.
Ads
Nama Anna dan Meerqeen mula menjadi perhatian ramai termasuk peminat dari Indonesia selepas drama Melur Untuk Firdaus menjadi trending di sana.
Melur Untuk Firdaus kini sedang menjalani penggambaran untuk musim kedua yang mana tayangannya dijangka tidak lama lagi.
Sekadar info, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 23, memulakan karier seni selepas bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja 2018/2019.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Clarence House mengesahkan Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth positif Covid-19 selepas mengalami simptom ringan pada 22 Mac lalu.
Pewaris takhta berusia 71 tahun itu menjalani ujian saringan pada Isnin dan keputusan yang diumumkan pada Selasa menunjukkan dia dijangkiti.
Bagaimanapun isterinya, Camilla, Duchess of Cornwall tidak dijangkiti wabak tersebut.
Kenyataan rasmi melaporkan, kedua-dua kerabat itu kini menjalani kuarantin di Scotland.
Menurut laporan, doktor mengesyaki putera raja itu telah terkena jangkitan sejak 13 Mac.
Terdahulu putera itu difahamkan telah menganjurkan sebuah persidangan yang turut dihadiri Putera Albert dari Monaco yang dilaporkan turut mengalami jangkitan virus Covid-19 minggu lalu.
Sumber : Sky News
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bermula sebagai pengguna tegar, pelakon dan ahli perniagaan, Faezah Elai kini dilamar menjadi wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha, Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton.
Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.
Menurut pengasas jenama berkenaan, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.
“Awalnya kami pernah menggunakan khidmat Faezah ketika mempromosikan koleksi terdahulu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan baik.
“Malah ia bertepatan dengan gaya dan caranya yang menawan menggayakan kurung bercetak. Justeru, kami yakin boleh mengubahnya menjadi anggun dan lebih menyerlah dengan koleksi kami keluarkan.
“Ketika sesi siaran langsung di media sosial misalnya, bintang itu dilihat serasi dengan kelompok sasaran kami iaitu lebih kepada orientasi wanita Muslimah, keluarga. Tak lupa, kandungan yang dipromosikan di media sosial juga dekat dengan masyarakat,” katanya.
Diaju persoalan kenapa memilih Faezah yang dikatakan kurang meniti populariti atau suam-suam kuku di kalangan segelintir orang, Nik Hetty Eliya ada sebab tersendiri.
“Mungkin ada yang mengandaikan kami patut memilih artis atau selebriti yang lebih popular berbandingnya. Tapi dengan apa yang kami perhati selain kerjasama terjalin, dia ada keistimewaan dan tarikan tersendiri.
“Kami juga cuba melawan arus dan percaya setiap daripada kita ada rezeki masing-masing. Begitu juga dengannya. Ini juga langkah sulung kami mengambil artis sebagai wajah kempen atau wakilan.
“Lamaran dan perbincangan kami mengintainya sejak April lalu juga dipermudahkan. Dia tak banyak songeh dan sangat menyenangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, jenama milik bumiputera itu kian dikenali awal tahun 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung.
Istimewanya juga, Nik Hetty Alia menjelaskan salah satu rekaan koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
Sementara itu, Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ternyata terkejut dengan kepercayaan yang diberikan.
“Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
“Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
“Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’, ada jenama yang berani memilih saya.
“Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya,” katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ibu kepadaLuqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
“Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu,” katanya.
Lebih 17 tahun menceburi bidang seni, wanita kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pembabitan seninya tidak seaktif dulu.
“Lagipun status saya sebagai ibu khususnya memerlukan saya memberi perhatian rapi kepada anak. Saya tidak pernah menyesali keadaan ini. Ikutkan tawaran berlakon drama dan filem tak pernah putus sampai saat ini.
“Cuma saya terpaksa tolak secara baik, kerana tak mahu menyusahkan produksi. Senang cerita, saya memang banyak berlakon di bawah arahan suami sendiri. Kalau ada tawaran pengarah dan produksi lain, jika kena dengan watak dan waktu… insya-Allah saya boleh pertimbangkan terutama kalau cuti sekolah.
“Jadi apabila tumpuan lebih kepada keluarga, saya banyak curi masa mempromosi perniagaan sendiri dan terbaharu bersama jenama Mawar Cotton,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sepotong video pendek yang menyaksikan Elly Mazlein atau lebih sinonim dengan sapan Kak Lina Pom Pom nyata mencuri perhatian peminat baru-baru ini.
Malah, Elly turut mencabar netizen untuk menyanyikan semula lagu terbabit mengikut versinya dan menawarkan wang saguhati RM100 bagi video terbaik.
Cabaran tersebut pantas mendapat reaksi ramai termasuk rakan selebriti yang turut merakamkan semula lagu Empat Dara dalam versi tersendiri.
Antaranya Datuk Aznil Nawawi, Achey, Acong Sweetchild, Datuk Fizz Fairuz, Shiha Zikir, Azza Elite dan Ezad Lazim.
Sehingga kini, video tersebut menghampiri 2 juta tontonan bersama lebih dari 200,000 komen.
“Tak sangka ia mendapat perhatian sampai macam tu sekali, niat saya cuma satu, saya nak buat orang gembira.
“Bila orang lain gembira, saya turut tumpang gembira.” kata Elly selepas video asal tersebut menjadi tular.
Tidak terlepas dari menyahut carbaran tersebut adalah penyanyi dan komposer, Faizal Tahir yang memuat naik sedutan dari persembahan beliau di salah sebuah rancangan television.
Klip tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mahukan Elly dan Faizal merakam semula lagu tersebut.
Lalu, syarikat rakaman Faithful Music merialisasikan permintaan tersebut dengan menerbitkan semula Empa Dara 2020.
Bagi menambah rencah, Zizi Kirana turut sama terbabit dengan menyumbangkan suara serta terlibat dalam video muzik (MV) lagu ini.
“Tak sangka pula Faizal Tahir melayangkan tawaran untuk bekerjasama dengan Elly.
“Faizal memberitahu, kerjasama ini disifatkan sebagai projek gila-gila dan saya tak fikir dua kali untuk menerima tawaran ini,” kata Zizi Kirana.
Faizal Tahir pula menjawab ringkas bila ditanya tentang kolaborasi dan versi terbaru ini. Katanya;
“Dia (Elly) mintak masuk, kita masuk lah!”
Empat Dara merupakab karya asal Atan Ahmad dan Ahmad Jusoh manakala versi terbaru ini mendapat sentuhan bersama Faizal Tahir, Mage, Mike Chan dan Mambang.
Empat Dara 2020 adalah terbitan Faithful Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia sebagai pengedar dan sudah boleh didapati di semua pelantar muzik digital.
Muzik video rasminya kini sudah pun trending dengan tontonan hampir 900,000 kali selepas dilancarkan sehari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Aina Abdul, memilih busana kebarung moden semasa sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-36, hari ini bagi menghormati permintaan ibu yang mahukannya tampil lebih sederhana.