Anjur Majlis Doa Selamat, Elfira Loy Beri Bayangan Majlis Kahwin Dengan Bakal Imam Kian Dekat?

Share

Pelakon dan usahawan, Elfira Loy baru-baru ini telah mengadakan majlis doa selamat sempena pembukaan kafe terbarunya dan turut mengharapkan agar majlis perkahwinan yang dikatakan bakal dilangsung Januari depan dipermudahkan.

Merakamkan rasa syukur, Elfira atau lebih mesra disapa El gembira kerana majlis doa selamat yang diadakan pada hujung Sabtu lalu berjalan lancar.

“Alhamdulillah selesai bacaan yasin cafe dan doa selamat untuk majlis kami. Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa,” tulisnya.

Perkara itu dikongsi Elfira menerusi entri di akaun Instagram.

Serentak dengan perkongsian berkenaan, para peminat turut memberikan ucapan serta berdoa agar majlis yang bakal diadakan berjalan lancar.

Setakat ini, video berkenaan sudah pun ditonton lebih 500,000 kali.

Tahniah El, moga majlis nanti meriah dan berjalan lancar!

Foto: Instagram Elfira Loy

 

IKLAN