Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat merakamkan rasa syukur dan terharu kerana tahun ini menjadi tahun paling banyak dirinya menjadi duta kepada sesebuah jenama, lapan kesemuanya.

Lalu, ia nyata memberi suatu rasa teruja baru buat penyanyi Temberang ini, apatah lagi dengan kehadiran bintang wanita yang silih berganti.

“Alhamdulillah dengan kepercayaan dan amanah yang mereka berikan buat saya. Malah ada yang ingin sambung lagi. Saya rasa bersyukur, tapi sejujurnya saya sendiri tak tahu apa rahsia kalau ditanya tips menjadi pilihan klien.

“Cuma bagi saya tuhan tu adillah. Ada benda yang Dia tak bagi, tapi Dia berikan suatu benda yang lain,” ujar Ayda yang turut percaya kepada rezeki.

IKLAN

“Rezeki bagi saya lebih berharga. Soal anugerah atau seumpamanya, saya sudah pernah dapat dulu. Tuhan mungkin nak berikan benda yang baru.

“Tahun ini, paling banyak saya jadi duta dan saya gembira kerana klien setakat ini pun okay dan berpuas hati,” katanya kepada MH.

Terdahulu, Ayda ditemui pada majlis berbuka puasa bersama iftar Ayda Jebat Screamer 2019 di Subang, Selangor.

IKLAN

Turut sama hadir meraikan ialah tetamu vip, anak-anak yatin, peminat dan ahli keluarga.

Ditanya bagaimana bintang asal Melaka ini menjadi diri daripada terpalit dengan isu sensasi yang boleh menjerat diri, Ayda mengakui dia bukan individu yang boleh isi masa tak kira waktu.

“Kalau bab kontroversi saya akan cuba jagalah. Memang ada yang cakap kontroversi itu boleh popularkan kita, tapi bagi saya ia lebih kepada negatif. Selagi boleh elak, saya akan cuba elak.

IKLAN

“Malah kalau ditanya apa rutin Ayda Jebat, anda tidak akan melihat saya di mana-mana. Bukan sebab kita berlagak diva atau apa tetapi saya perlu untuk jaga diri selain produk-produk yang ambil saya sebagai wajah wakilan,” jelas Ayda.

Dalam perkembangan lain, Ayda kini sedang dalam persiapan untuk melangsaikan pemikinan album fizikal sulungnya yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Foto: Instagram AJS Screammer

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI