Selepas dikritik susulan tindakannya untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Oktober lalu, pelakon, Sarah Hildebrand mengalu-alukan sesiapa yang tidak suka dengan cara kehidupannyanya ketika ini untuk berhenti daripada mengukuti perkembangannya di media sosial.

Menurut Sarah, meski pun setiap orang berhak untuk memiliki pendapat yang berbeza namun kita semua tetap harus menghormati pegangan orang lain.

“Anda Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow, Butang Tersebut Sentiasa Ada,” – Reaksi Sarah Hilderbrand Kepada…

“Jika anda tak suka dengan saya, cara hidup saya atau kepercayaan yang saya pegang, maka kita boleh tak sependapat dan saya minta kita hormati perkara itu.

IKLAN

“Sekiranya anda tidak mampu untuk memahami perkara tersebut, anda dialu-alukan untuk menekan butang unfollow. Butang tersebut sentiasa ada,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon drama, Pujaan Hati Kanda itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Dalam pada itu, Sarah turut menyeru orang ramai agar lebih berfikiran terbuka terutamanya ketika membahaskan mengenai perkara-perkara yang boleh dianggap sebagai sensitif.

“Walau bagaimanapun, saya menyeru kepada anda semua agar sentiasa menyebarkan perkara yang positif, cinta, serta kebijaksaan beremosi dan bukanlah dengan kebencian, membuli dan mengganggu orang lain.

IKLAN

“Silalah belajar untuk berbincang secara terbuka mengenai topik-topik yang penting yang kadang-kala agak susah untuk dibahaskan. Terima kasih,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata sokongan selain turut mendoakan yang terbaik buat Sarah.

“Anda Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow, Butang Tersebut Sentiasa Ada,” – Reaksi Sarah Hilderbrand Kepada… “Anda Dialu-Alukan Untuk Menekan Butang Unfollow, Butang Tersebut Sentiasa Ada,” – Reaksi Sarah Hilderbrand Kepada…Sumber: Instagram Sarah Hildebrand

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI