Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani baru-baru ini ada berkongsi gambar di akaun instagramnya yang memaparkan gambarnya serta suami dan anak-anak di sebuah masjid.

Seronok apabila melihat gambar tersebut kerana terlihat kebahagiaan yang dikecapi oleh keluarga kecil mereka ini. 

Di kapsyen gambar itu pula Hani telah menceritakan saat-saat mereka berada di masjid. Lucu rasa hatu apabila Hani memberi gelaran ‘Pak Aji’ kepada anak sulungnya Noah Ismail Wong.

“Harini kami berempat buat pertama kalinya pegi ke masjid. Without helper! Masjid kat sini pun luas dan tak sesak. @eissaelzanderwong duduk ngan mummy dwngan baiknya macam angel dan @noahismailwong ngan daddy. Ada berlari jugak la pak Aji kecik ni. Pipi sampai merah! Tiap2 hari ajak ke masjid, siap mengigau pun cakap ‘tomorrow we go to masjid’, habis sekolah ajak ke masjid, dinner ajak ke masjid. Camana tak kena panggil Pak Aji? ? Alhamdulillah Noah suka ke masjid nanti ajar Eissa juga ya. Thanks to daddy juga rajin melayan Noah. Nak tgk apa activity Noah kat masjid? Haaaa tgk ig dia… gatei! ?”

Anak Yasmin Hani Mengigau Mahu Ke Masjid

Tergambar kecomelan Noah apabila Hani menuli yang anaknya itu sampai mengigau di dalam tidur dengan mengatakan dia mahu ke masjid.

IKLAN

Rata-rata peminat Hani telah meninggalkan komen yang positif dengan kata-kata doa yang baik-baik buat keluarga mereka.

Antara komen daripada peminat Hani,

IKLAN

nurmahkassim53: Alhamdulillah..semoga di berkati Allah SWT sentiasa..
ammar1zzfurqan: Comelllll nyaa…selamat berpuasa
malishkadan: moga bahagia till Jannah..
kamisahjahuri: Alhamdulillah…sejuk perut ibunya…

Semoga keluarga Hani dilimpahkan keberkatan dalam bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan ini. 

IKLAN

Sumber: Instagram Yasmin Hani

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI