Kontroversi yang melanda pasangan suami isteri, Hafiz Hamidun dan Joys Revfa ketika ini nampaknya semakin hangat diperkatakan oleh netizen.

Kita yang mendengar tentang masalah rumah tangga mereka ini pastinya hanya mampu mendengar dan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Tapi pada empunya diri pastinya mereka sedang bersedih dengan apa yang terjadi dan memohon kepada yang Maha Esa untuk diberikan kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini.

Terbaru di akaun Instagram milik Joy, dia telah berkongsi gambar anaknya yang bernama Arryan dan di ruangan kapsyen pula dia menulis bahawa anaknya inilah yang menjadi kekuatan untuk dirinya.

IKLAN

“Ibu jadi kuat ni semua sebab Arryan tau.. ? Cepat lah membesar wahai malaikat kecilku.. lindungi ibu mu ini.. #sebaballahsayangkita,” tulis kapsyennya.

Joy Fail Pembubaran Nikah

Sudah menjadi lumrah kaum hawa merupakan kaum yang lemah dan mempunyai jiwa yang sangat lembut dan mungkin disebabkan sifat wanita ini membuatkan dia rasa dirinya mahu dilindungi oleh anaknya.

Rata-rata pengikut Joy di Instagram telah memberikan kata-kata semangat buat dirinya di ruangan komen.

IKLAN

walievent: InshaAllah may Arryan love & protect you forever & hold his mother’s hand to Jannah together & forever amin

keknacantikshop: jika UJIAN ALLAH itu sebesar kapal, ingatlah RAHMAT ALLAH itu sebesar LAUTAN ????

shairahizara: Sy turut brsedih sis joy.. Smg sis tabah hadapi smua nie.. Bru je sis hppy sgt masa nikah hari tu.. Sedih ?

IKLAN

ilham_arts_gallery_official: Ujian Allah hanya utk hambaNya yg mampu diuji.. Allah bersama orang² yg sabar..

Ragu Perkahwinan Tidak Sah, Hafiz Hamidun Tidak Sentu Isteri

Semoga Joy terus tabah dan sabar dengan ujian yang diberikan kepadanya dan diharapkan segala permasalahan berakhir dengan baik.

Sumber: Instagram Joy Revfa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI