Penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi jenamanya SIMPLYSITI, telah melancarkan koleksi kosmetik

terbaharunya yang disasarkan kepada semua golongan masyarakat di Malaysia, pada Khamis.

Memanjatkan rasa syukur, Siti dalam satu kenyataan turut yakin dengan sambutan yang bakal diberikan pengguna menerusi koleksi terkininya itu.

Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza

 

“Berkonsepkan ‘SIMPLYSITI FOR ALL’, saya yakin rangkaian kosmetik terbaharu ini akan dapat memenuhi citarasa ramai kerana rona warna yang disediakan sesuai untuk semua warna kulit wanita Asia dan peringkat umur.

“Ia sesuai bagi penggemar kosmetik yang inginkan penampilan ‘matte’ semulajadi,” katanya.

IKLAN

Rangkaian kosmetik ini mula berada di pasaran bermula 9 September dan ia menampilkan koleksi solekan yang terdiri dari SimplySiti ‘2-way Cake’, ‘Compact Powder’, ‘Loose Powder’, ‘Cushion Foundation’, ‘Liquid Foundation’ dan ‘Powder Blush’.

Turut dilancarkan ialah rangkaian gincu dengan tiga kemasan iaitu ‘matte’, ‘semi-matte’ dan ‘moist’, ‘9 in 1 Eyeshadow’, ‘SimplySiti Valumizing dan Lash Extension Mascara’, ‘Eyeliner’ bersama ‘Eye Brow Pencil’ dalam rona hitam dan coklat serta ‘Micellar Water’.

Menurut Siti lagi, setelah 11 tahun berada di pasaran, dia teruja dengan pelancaran kosmetik terbaharu ini kerana pada masa sama, wajah baharu ‘Brand Ambassador’ SimplySiti turut diperkenalkan.

Wajah wakilan ini akan bersama-sama beliau untuk mempromosi koleksi kosmetik, rangkaian penjagaan kulit dan semua produk keluaran SimplySiti yang akan datang.

IKLAN

Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, merupakan gadis bertuah yang terpilih sebagai ‘Brand Ambassador’ SimplySiti.

Gadis cantik ini berjaya menjadi ‘top finalist’ melalui Pertandingan Pencarian Wajah SimplySiti yang diadakan pada bulan Jun yang lalu, di mana pihak SimplySiti telah menerima lebih dari 700 penyertaan.

Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza

Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura Aziza

IKLAN

Anak Sulung & Usianya 20 Tahun… Tok Ti Perkenal Wajah Baharu SimplySiti, Zahra Zura AzizaZahra ialah pelajar tahun akhir, Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Insurans UiTM, anak pertama dari dua orang adik-beradik.

Berasal dari Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menjadi Pembaca Berita selain meneruskan kerjaya dalam bidang Insurans.

“Saya amat berbesar hati dengan pemilihan ini dan tidak menyangka menjadi ‘top 4’ dan seterusnya pemenang bagi pertandingan ini.

“Saya juga tidak pernah bermimpi untuk berkerjasama dengan Penyanyi Nombor 1 Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza, dan saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan ini,” katanya.

SimplySiti yang ditubuhkan pada tahun 2010, merupakan jenama kosmetik dan penjagaan kulit keluaran tempatan yang dirumus secara saintifik dan terbukti secara klinikal serta mempunyai Sijil Halal Jakim, dimana ia menjadi pilihan wanita islam di Asia.

Jenama SimplySiti mencerminkan gaya hidup Datuk Sri Siti Nurhaliza sendiri yang praktikal, mudah dan sentiasa tampil menawan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI