Penyanyi dan hos, Shiha Zikir mengakui masih tetap mengingati segala nasihat dan kata-kata yang pernah disampaikan mentornya, Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini.

Biduanita Sharifah Aini merupakan mentor kepada Shiha ketika penyanyi lagu Jagakan Dia itu menyertai program realiti nyanyian Mentor 5, kira-kira 8 tahun lalu.

Kongsi Shiha, hubungan bersama dengan arwah sangat rapat dan sudah dianggap seperti ibu kandung.

“Banyak kata-kata nasihat arwah yang Shiha masih ingat sehingga ke hari ini. Selepas program Mentor, hubungan kami tak berakhir setakat itu dan kami sangat rapat.

“Sampai waktu sebelum arwah meninggal, Shiha lah yang bawa arwah pergi ke hospital. Lepas tu dalam seminggu, Shiha mesti kena jumpa arwah sekali kalau Shiha tak jumpa arwah mesti akan merajuk.

IKLAN

“Shiha panggil dia Umi, jadi sepanjang Shiha mengenali arwah banyak kata-kata yang nasihat yang diberi antaranya sebagai seorang anak seni kena pandai menyimpan wang sebab kita kerja kita tak tahu sampai bila orang nak dekat kita.

“Rezeki memang Allah dah tentukan dan kita tak perlu nak risau tapi sampai bila orang nak dekat kita, kita tak tahu.

“Jadi setiap kali habis show, Shiha akan simpan separuh duit tu sebab Umi pesan kena buat macam tu. Sekarang memang anda akan rasa sakit, tapi akan ada manis pada penghujungnya dan ternyata apa yang arwah pernah cakap pada Shiha ada betulnya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Terdahulu, arwah kembali ke rahmatullah pada 5 Julai 2014 akibat komplikasi di bahagian paru-paru.

IKLAN

Shiha ditemui MH ketika sidang media program Dansa Dan Sing yang berlangsung di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.

Sekadar maklumat, Dansa Dan Sing ialah sebuah pertandingan realiti yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan seni suara.

Antara selebiriti yang bakal bertanding dalam program berkenaan selain Shiha adalah Wany Kayrie, Arja Lee, Harris Baba, Atilia, Yasmin Hani dan ramai lagi.

Program rancangan realiti ini bakal menemui penonton bermula 5 Januari depan di saluran Astro Ria dan Ria HD.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI