Ads

Anak Pengarah Terkenal Ditahan, Jadi Suspek Utama Pembunuhan Bapa Dan Ibu

Polis Los Angeles menahan anak kandung kepada pengarah terkenal Hollywood, Rob Reiner, bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan yang mengorbankan nyawa kedua-dua ibu bapanya di kediaman mereka di Brentwood, California.

Suspek, Nick Reiner, 32, kini berada dalam tahanan polis selepas dikenal pasti sebagai suspek utama dalam kes kematian Rob Reiner, 78, dan Michele Singer Reiner, 68.

Menurut Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), kedua-dua mangsa ditemui tidak bernyawa di kediaman mereka dengan kecederaan serius akibat tikaman, sekali gus mengesahkan kes itu diklasifikasikan sebagai pembunuhan.

Nick ditahan tanpa ikat jamin dan berdepan dua pertuduhan membunuh, masing-masing melibatkan kematian bapanya dan ibunya. Namun setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan motif kejadian kerana siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ads

BACA JUGA: Pengarah Hollywood Rob Reiner Dan Isteri Ditemui Meninggal Dunia Di Kediaman Mereka

Sumber polis memaklumkan, siasatan awal turut meneliti hubungan kekeluargaan serta latar belakang suspek, termasuk laporan pertengkaran yang dikatakan berlaku antara Nick dan bapanya beberapa jam sebelum kejadian.

Ads

Beberapa laporan media Amerika Syarikat turut menyebut bahawa Nick mempunyai sejarah masalah peribadi dan ketagihan dadah, namun pihak polis menegaskan semua maklumat tersebut masih dalam penilaian dan belum disahkan sebagai punca kejadian.

Kes ini mencetuskan kejutan besar dalam industri hiburan antarabangsa memandangkan Rob Reiner merupakan tokoh berpengaruh Hollywood yang mencipta pelbagai karya ikonik dan disegani rakan industri.

Ads

Nick Reiner dijangka dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat bagi prosiding awal, sementara pihak polis meneruskan siasatan terperinci bagi merungkai punca sebenar kejadian.

Sekadar info, Nick Reiner merupakan anak kedua pasangan Rob dan Michele. Selain tiga anak ini, Rob turut memiliki seorang anak angkat daripada perkahwinannya yang terdahulu.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

TERKINI: Hannah Yeoh Menteri Baru Wilayah Persekutuan, Dr. Taufiq Johari Kini...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan barisan menteri dan timbalan menteri baharu bagi memperkukuh pentadbiran Kerajaan Madani, susulan penstrukturan semula portfolio...
error: Hello. Cannot.