Anak Izreen Azminda Kena Jangkitan H1N1

Baru-baru ini pelakon wanita, Izreen Aminda ada berkongsi gambar di akaun Instagramnya memberitahu bahawa anaknya dijangkiti Influenza A atau H1N1.

Menerusi perkongsiannya itu di ruangan kapsyen Izreen menulis,

“Cepat cepat sihat yer sayang.. susah hati mama mcm ni.. ��� #adrianumar #influenzaA,”

A post shared by Izreenazminda (@izreen.azminda) on

Ye lah ibu mana yang tidak susah hati apabila melihat anaknya sedang terbaring menanggung kesakitan.

Rata-rata pengikutnya di Instagram juga sempat meninggalkan kata-kata doa berharap agar Adrian Umar, anak kepada Izreen lekas sembuh.

IKLAN

unnaeddy: Get well soon sayang. Moga lepas ni awak terus jadi sihat dan kuat tau. Aian kan kuat. ����

asyrasyera: Semoga semua dipermudahkn . Semoga cpt sht syg

norasrina: Anak buah sy pun baru keluar dari hospital sbb sakit ni , Alhamdulillah dia semakin sihat…semoga anak izreen cpt sembuh ya.

norish81_authentic_bag: Skrg technology perubatan dh canggih. Bykan berdoa pada Allah swt..in shaa Allah aian akn sihat spti sediakala. Mummy pun jg diri

iamctfarrah: kuatkan hati..terus berdoa..kami semua peminat sis akan sentiasa berdoa spaya ank cpt cembuh dan sihat . amin..

IKLAN

Kami di MH Online juga berdoa agar kesihatan Adrian kembali sembuh dan sihat seperti sediakala. Buat Izreen juga semoga terus kuat untuk menghadapi dugaan ini dan kesihatan diri sendiri juga jangan dilupa.

Sedikit info tentang Influenza A atau H1N1, ianya adalah sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit. Simptom selesema ini adalah hampir sama seperti selesema bermusim biasa. Ia juga dinamakan selesema babi kerana ia adalah satu bentuk virus baru yang dikatakan berasal daripada babi.

Selesema H1N1 merebak dari individu ke individu sama seperti cara virus selesema lain merebak dengan melalui batuk dan bersin oleh individu yang dijangkiti. Selesema H1N1 sangat mudah berjangkit dan merebak, terutamanya dalam ruang tertutup di mana terdapat kontak yang rapat di antara orang yang dijangkiti dan orang yang sihat.

Sumber: Instagram Izreen Azminda & Baby Center