Khabar duka melanda keluarga Zaquan Adha dan Ayu Raudhah apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha, dilaporkan meninggal dunia pada petang Selasa.
Perkhabaran itu dimuat naik sendiri oleh Zaquan Adha dalam satu hantaran di InstaStory.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees bin Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi,” kongsinya ringkas.
Selain itu bekas pemain bolah sepak kebangsaan ini turut memohon orang ramai mendoakan agar mereka diberi kekuatan.
“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” tulisnya lagi.
Bagi memastikan kelancaran Konsert Triad, lagenda rock Datuk Awie mendedahkan dirinya memperuntukkan sembilan jam sehari untuk menjalani sesi latihan bersama Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Menurut Awie, komitmen tersebut diambil bersama anggota tiga kumpulan itu bagi memastikan persembahan yang terbaik serta memberikan pengalaman bermakna kepada peminat.
“Sudah hampir sebulan kita berlatih untuk konsert ini. Yang ‘pengsan’ sudah tentulah saya. Untuk setiap band, saya akan berlatih selama tiga jam. Jadi, sembilan jam secara keseluruhannya.
“Saya perlu ada masa untuk setiap band ini supaya saya boleh fokus mendengar, berlatih dan menyanyi. Agak berat juga tugasan ini tapi ini adalah kemahuan kami.
“Kami mahu mencipta sesuatu untuk Malaysia. Setelah penat sebulan berlatih, sudah pasti kami ingin buat yang terbaik,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sejati ini berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Triad di Al Pamelo Studio, Ampang pada Jumaat.
Katanya lagi, dia juga sedang memberikan fokus yang lebih terhadap lagu-lagu lama yang jarang dibawakan sebelum ini.
“Persediaannya sudah memasuki 80 peratus. Ia termasuk dari segi muzik, nyanyian dan penghafalan lagu-lagu. Ada sedikit bahagian yang perlu diperbetulkan lagi.
“Bersama Search Kid Din pula, mereka memang tiada masalah. Cuma saya sahaja perlu lebih fokus kerana ada lagu yang bukan lagu saya.
“Ada juga rasa kekok. Namun, saya memang peminat Search sejak dahulu. Jadi, ada lagu yang selamba sahaja saya nyanyi,” ulasnya lagi.
Bagaimanapun, Awie akui sedikit risau mengenai keadaan kesihatannya menjelang konsert yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Semua baik sahaja. Cuma ketika ini, perut saya kembung sedikit. Alhamdulillah, Allah masih beri saya kudrat. Saya sudah pun membuat pemeriksaan di hospital.
“Doktor sudah pun memberikan ubat. Insha-Allah, dalam masa dua atau tiga hari lagi, saya akan okay. Di rumah juga saya melakukan senaman.
“Saya cuma minta untuk tidak sakit dan jangan demam. Minta dijauhkan. Saya lihat kawan-kawan lain pun di tahap terbaik. Bila sorang semangat, semua akan jadi semangat, akhirinya.
Terdahulu, Konsert Triad yang menghimpunkan tiga band rock iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya akan berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 14 Febuari ini.
Bukan sekadar melakar sejarah dalam industri muzik, konsert itu bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS pada hari Rabu telah menolak rayuan R. Kelly dan mengekalkan sabitan ke atas kesalahan pemerdagangan seks serta pemerasan yang melibatkan wanita dan gadis bawah umur.
Menerusi keputusan ini, bekas bintang R&B itu akan terus meringkuk dalam penjara untuk tempoh yang panjang.
Menurut laporan, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Litar Ke-2 di Manhattan menolak dakwaan peguam penyanyi itu yang mendakwa pendakwa gagal membuktikan R. Kelly terlibat dalam rangkaian jenayah pemerdagangan manusia.
Hakim Denny Chin menegaskan bahawa terdapat “bukti kukuh dan meluas” yang menunjukkan bagaimana R. Kelly memperdaya dan mengawal kehidupan mangsa-mangsanya dengan menggunakan penderaan fizikal, mental dan ugutan.
Penyanyi berusia 58 tahun yang pernah digelar ‘King of R&B’ melalui lagu hits seperti I Believe I Can Fly itu telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun selepas didapati bersalah pada 2021 dan melanggar Akta Mann yang melarang perbuatan membawa individu merentasi sempadan negeri untuk tujuan pelacuran.
Namun, usaha untuk melepaskan diri dari hukuman berat ini tidak berhasil apabila rayuannya ditolak oleh mahkamah.
Peguamnya, Jennifer Bonjean, membantah keputusan ini dan berpendapat bahawa kerajaan AS telah menyalahgunakan Akta RICO, yang sepatutnya digunakan untuk jenayah terancang, bukan kes jenayah individu seperti ini.
Meskipun begitu, pihak pendakwaan enggan memberikan komen lanjut berkenaan keputusan mahkamah.
Dalam perbicaraan sebelum ini, seramai 45 saksi pendakwaan tampil untuk memberi keterangan tentang bagaimana R. Kelly didakwa mengawal mangsa-mangsanya.
Antara kawalan tersebut seperti mereka perlu meminta kebenaran untuk makan, ke tandas, malah dipaksa menulis “surat permohonan maaf” bagi membebaskannya daripada sebarang salah laku.
Dengan keputusan ini, R. Kelly akan terus menjalani hukuman penjara di Butner, North Carolina, di mana dia hanya akan layak untuk dibebaskan pada tahun 2045 ketika berusia 78 tahun.
Pelakon Fattah Amin meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau membuat andaian yang bukan-bukan berhubung video tular bekas isterinya Fazura yang turut melibatkan puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya, baru-baru ini.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia percaya Fazura telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik mungkin sebagai ibu dalam membesarkan Fatima, begitu juga dengan dirinya.
“Dia ialah ibu kepada Fatima, justeru bagi saya netizen tidak sepatutnya komen bukan-bukan terhadapnya.
“Saya rasa mungkin mereka (netizen) tidak tahu. Faz sebenarnya sudah membesarkan Fatima dengan cara yang terbaik. Jadi mungkin mereka tidak tahu.
“Saya percaya Faz telah menjalankan tanggungjawab ibu yang terbaik kepada Fatima, begitu juga dengan saya.
“Jangan terlalu mudah untuk buat andaian yang bukan-bukan. Bagi saya, kena sentiasa fikir positif, selalu komen atau cakap yang baik-baik kerana itu juga satu doa. Fikir yang baik-baiklah,” katanya.
Pelakon filem KL Special Force ini berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Rissa Skin x Fattah Amin di sebuah hotel di ibu negara, pada Sabtu.
Namun begitu, Fattah yakin bahawa isu tersebut mungkin timbul kerana netizen tidak mengetahui keseluruhan situasi dan hanya membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat.
“Saya tak salahkan netizen yang beri komen bukan-bukan kerana mereka tak tahu situasi sebenar dan sekadar membuat andaian.
“Macam saya, tidaklah setiap kali bertemu dengan Fatima, saya akan kongsikan di media sosial.
“Saya seorang yang sering kongsi hal berkaitan mengenai kerja sahaja dan jarang kongsi soal hal personal,” katanya lagi.
Terdahulu, sebuah hantaran video yang memaparkan Fatima mengucapkan perkataan “saya tak nak daddy” dan “saya tak sayang daddy” ketika sesi siaran langsung telah menjadi sorotan netizen.
Situasi tersebut mencetuskan pelbagai komen terhadap Fazura, dengan segelintir pihak mendakwa bahawa ungkapan Fatima itu seolah-olah diajar.
Malah Fattah turut menerima tempias kecaman apabila ada pihak yang mendakwa aktor itu seoolah-olah sudah lama tidak menjenguk anaknya, menyebabkan Fatima dikatakan merajuk.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...