Pelakon Anita Baharom, 39, mengesahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan hati yang juga duda anak lapan, Engku Isyamuddin Tuan Losin, 48, pada 22 Disember ini.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia bertemu jodoh dengan kenalan lama yang dikenali sejak 2017, yang mana mereka kembali berhubung selepas tempoh eddahnya berakhir pada Mei lalu.

Menurut Anita, sikap penyabar dan tidak suka mendesak merupakan antara ciri-ciri utama yang ada pada bakal suaminya, membuatkan hatinya terbuka untuk kembali berteman.

“Alhamdulillah anak-anak merestui pilihan saya dan gembira dengan keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga.

“Sebenarnya mereka juga yang memudahkan keputusan saya memilih bakal suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

IKLAN

“Saya juga sangat bersyukur kerana bakal suami boleh menerima anak-anak dan menyayangi mereka seperti anak sendiri,” katanya.

Menurut Anita lagi, dia dan arwah suami, Mohd Ismadi sama-sama mengenali Engku Isyamuddin sejak lima tahun lalu sewaktu mencari tiket perlawanan akhir bola sepak sempena Sukan SEA 2017.

“Saya dan arwah suami, Mohd Ismadi bertemu dengan Engku Isyamuddin yang kebetulan mempunyai tiket lebih.

IKLAN

“Bagaimanapun selepas itu kami langsung tidak berhubung dan hanya kembali berhubung selepas tamat tempoh eddah pada Mei lalu,” katanya.

Pasangan itu akan diijabkabulkan di sebuah dewan acara di Subang Jaya, Selangor pada 22 Disember, diikuti majlis resepsi pada keesokan harinya yang bertemakan tradisional.

Anita sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Mohd Ismadi Ismail.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anita Bt Baharom (@anitabaharom)

Ismadi, 50, menghembuskan nafas terakhir pada 1 Januari lalu selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu kediaman mereka di Puncak Alam, Selangor.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun, Anita dan Allahyarham Ismadi dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI