Pelakon Amyra Rosli tidak menafikan dia mendapat kekuatan dalam merelakan pemergian suami, aktor Amar Baharin menyertai misi kayuhan ke Tanah Suci, selepas mendapat sokongan penuh daripada keluarga, terutama ibunya.
Malah, semangat berkobar Amar juga turut memberi keyakinan sama terhadapnya.
“Bila Amar kuat, saya pun akan kuat. Keluarga juga menjadi sumber kekuatan saya. Kata ibu, Amar pergi untuk melakukan perkara baik. Kenapa pula nak rasa terlalu sedih?
“Jadi setiap hari saya memang luang masa bersama keluarga. Tidaklah saya berasa kosong. Walau macam mana pun, saya tetap kena jadi kuat,” katanya kepada MH.
Amyra berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Bulanku nyanyian Wanns Ahmad di Ideas Hotel, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ibu kepada dua cahaya mata itu tampil sebagai pelakon utama dalam muzik video single berkenaan.
@mediahiburanofficial Bukan setakat berlakon, Wanns Ahmad juga hebat dalam bidang nyanyian. Petang tadi, Wanns juga baru sahaja melancar muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Bulanku. Muzik video ini turut menampilkan pelakon popular Amyra Rosli sebagai peneraju utama. #MHnews#MediaHiburan#WannsAhmad♬ original sound – Media Hiburan
Ads
Reda, Namun…
Walaupun Amyra reda dengan pemergian suami tercinta demi tujuan mulia, namun jauh di sudut hati, dia tidak dapat menafikan perasaan bimbang ada ketika menyelubungi diri.
“Memang saya reda dan ikhlas melepaskan Amar berkayuh. Kita akan berjumpa lagi nanti. Namun, jauh di sudut hati saya, saya takut jika umur tidak panjang antara kami.
“Itu yang menyebabkan saya mengalir air mata. Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan. InsyaAllah andai ada jodoh, saya mahu berjumpa dengan Amar lagi.
“Saya selalu berpesan kepada Amar untuk jaga kesihatan, pemakanan dan jangan terlalu memaksa diri,” katanya sebak.
Ads
Terus Kuat Demi Anak-Anak
Dalam pada itu, Amyra turut memaklumkan keadaan terkini suaminya, yang berlepas ke Iran malam ini selepas berada di Bangkok.
Perubahan laluan dibuat memandangkan India dan Pakistan kini berada dalam situasi bergolak.
“Ketika ini (ketika sesi temubual), Amar masih lagi di Bangkok dan dia akan berlepas ke Iran malam ini. Dia terpaksa menaiki penerbangan kerana negara India dan Pakistan sedang bergolak.
“Jadi, waktu saya dan Amar akan berbeza. Jika di Thailand, tidaklah rasa sangat perbezaan waktunya. Kini, saya hanya menantikan keadaan seterusnya nanti,” jelasnya.
Ads
Pada masa sama, pelakon drama Nur ini bersyukur kerana sempat bertemu suami di Hatyai, Thailand baru-baru ini.
“Kami ada bertemu di Hatyai. Keadaan Amar sangat okay. Tak nampak penat langsung. Dia gembira. Mungkin ada video yang saya menangis. Itu lumrah perasaan isteri.
“Bila saya nampak kekuatan dan semangat Amar yang tiada masalah, saya pun kena jadi begitu juga. Lagipun, saya ada anak-anak yang perlu dijaga di sini.
“Kalau bersedih, saya tidak akan dapat apa-apa. Lebih baik saya gembirakan diri dan terus tunjukkan sokongan kepada Amar,” katanya.
Untuk rekod, Amar Baharin kini dalam misi kayuhan ke Mekah yang dijangka mengambil masa sekitar tiga bulan.
Belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata, pelakon Adam Lee akui dia dan isteri yang juga aktres, Sweet Qismina kini sama-sama reda dengan perancangan Allah SWT.
Menurut Adam atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, sewaktu di awal perkahwinan, dia mudah terasa dan sering tertanya-tanya mengapa mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
“Oktober ini bakal menjadi tahun ketiga kami berkahwin. Sejujurnya, yang mudah terasa soal zuriat ini adalah saya. Saya pun tertanya-tanya kenapa masih tak lekat-lekat lagi.
“Namun, bila memasuki bulan ketiga berkahwin, saya semakin reda dan percaya Allah mahu berikan yang terbaik. Mungkin Allah mahu kami fokus pada kerjaya.
“Bercakap soal zuriat, saya dan isteri tidak stress. Paling seronok bila kedua-dua keluarga juga tidak memberikan tekanan,” katanya kepada MH.
Adam berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana drama ‘Pabila Dia Tersenyum’, baru-baru ini.
Katanya lagi, dia juga mengambil inisiatif untuk menjalani pemeriksaan kesuburan lelaki sebagai ikhtiar untuk menimang cahaya mata sulung.
“Kami memang ada berbincang soal zuriat. Kami juga pergi ke hospital yang melakukan pemeriksaan kesihatan. Saya juga ambil inisiatif untuk menjalani ujian kesuburan lelaki.
“Kami teman antara satu sama lain bila jalani proses di hospital. Alhamdulillah, dengan izin Allah, segala keputusan ujian kesihatan itu okay.
“Doktor pun kata bulum rezeki lagi,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Adam turut menyifatkan ketiadaan cahaya mata ini memberi ruang buat mereka untuk fokus terhadap perkara lain.
“Kami kini sedang sibuk dalam proses untuk siapkan rumah. Ia memerlukan komitmen yang sangat besar dan wang yang banyak.
“Jika Sweet mengandung, mungkin proses ini akan terhenti seketika. Mungkin kini Allah sedang susun satu per satu buat kami,” akhirinya.
Sekadar informasi, Adam dan Sweet telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Oktober 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik kini berangkat untuk menunaikan ibadah Haji, pagi tadi.
Menurut Siti, dia bersyukur kerana urusan menghantar ibunya itu berjalan lancar dari awal hingga akhir.
“Alhamdullillah, Subuh tadi Mak Salmah berangkat menunaikan fardu Haji. Mak pergi bersama sahabat dan jemaah haji daripada Tabung Haji.
“Syukur, segala urusan beg dan pendaftaran berjalan lancar dan terima kasih Lembaga Tabung Haji memudahkan urusan jemaah semua,” kongsinya.
Perkara itu dikongsikan oleh penyanyi lagu Anta Permana itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Siti turut memanjatkan doa semoga segala urusan ibunya ketika menunaikan ibadah haji berjalan lancar tanpa sebarang halangan.
“Doakan semoga Mak Salmah dan jemaah lain diberikan kesihatan yang baik sepanjang menunaikan ibadah Haji, mendapat Haji mabrur dan selamat pergi dan kembali.
“Ya Allah, jagakan ibuku dan seluruh jemaah haji. Aamin ya rabb. Buat Pn Biby dan seluruh petugas TH, terima kasih tak terhingga.
“Semoga Allah SWT beri keberkatan dan pahala berganda kerana menyantuni para jemaah dengan baik,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga ibu penyanyi terkenal ini mendapat haji mabrur.
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall mengejutkan warganet apabila mendedahkan dia dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah telah bercerai dua minggu lalu.
Bagaimanapun, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, memaklumkan mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh kurang 24 jam selepas penceraian berlaku.
Pasangan ini juga telah mengesahkan lafaz cerai dan rujuk secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Siti turut berkongsi kisah emosinya, lebih-lebih lagi kerana dia kini sedang hamil lima bulan.
“Selepas pengesahan cerai berlaku, kami dah rujuk semula. Now I tengah pregnant lima bulan. Tak sabar menanti bayi pelangi lahir. I minta maaf tau abiy (panggilan buat Aiman).
“Salah silap I… Moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini proses pengenalan kita. Ujian hidup masing-masing kan,” tulisnya.
Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan harapan agar tiada lagi spekulasi liar dan memilih untuk menjalani kehamilan kali ini dengan tenang.
“I hope all clear. No more spekulasi. I ni mungkin kadang terbawak-bawa emosi sebab tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan. Nanti kena depression.
I ni perempuan bukan nak apa pun, nak attention dari Abiy je. Tengah pregnant ni emosi tak menentu.
“Duit ke apa tu semua nombor dua. I boleh terima sikit ke banyak ke, yang penting you dah jalan tanggungjawab you.
“We learn together to fix this. Apa dah jadi kat benda lepas biar lah berlalu. Kita buka buku baru je. I reda dengan apa yang jadi,” kongsinya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan setakat ini, klip berkenaan telah ditonton lebih sejuta kali menerusi platform sosial itu.
Untuk rekod, Siti dan Aiman mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.
Sebelum itu, Siti pernah berkahwin dan berpisah selepas empat tahun perkahwinan.
Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...