Menjadi seorang gadis bukanlah sesuatu yang mudah. Selain perlu menjaga perilaku, kesihatan dan kecantikan diri juga patut dititik berat.

Jangan kata gadis tidak berhijab sahaja perlu berdandan cantik, gadis berhijab sepatutnya lebih perlu disiplin dan menitik beratkan soal penjagaan diri dan kelihatan menawan.

Lihat sahaja figura penyanyi dan pelakon Amira Othman yang sentiasa kelihatan manis dan cantik setiap kali berhadapan dengan orang ramai.

Nah ini dia beberapa tip yang Amira boleh kongsikan pada kamu semua bagaimana untuk terus kelihatan menawan di sebalik helaian tudung yang dipakai.

1. Sentiasa Rujuk Pakar Kerana Kulit Terlalu Sensitif

Amira Othman Kongsi Tip Jadi Gadis Hijabi Menawan!

IKLAN

Menurut Amira, sebenarnya dia mempunyai kulit yang sangat sensitif. Namun Amira tidak mengambil langkah mudah dan menitik beratkan untuk mendapatkan rawatan dengan berjumpa doktor pakar agar masalah ini tidak berlarutan.

2.Berkorban, Sentiasa Pakai Barangan Make up Sendiri!

Amira Othman Kongsi Tip Jadi Gadis Hijabi Menawan!

Selain itu, Amira juga sanggup berhabis duit beli barangan make up dan aksesori yang berkualiti serta sesuai dengan kulitnya. Malah Amira memberitahu hanya akan menggunakan make up sendiri demi memastikan kulit kekal sihat dan tidak terkena apa-apa kesan sampingan.

IKLAN

3. Walau Berhijab, Sentiasa Ke Salon Rambut

Amira Othman Kongsi Tip Jadi Gadis Hijabi Menawan!

Walaupun berhijab, Amira tidak sesekali mengabaikan kesihatan dan kesegaran rambut. Amira akui sering menghabiskan masa ke salon kecantikan sama seperti perempuan yang lain.

IKLAN

4. Syampu, Perapi Rambut, Hair Mask Is A Must!

Amira Othman Kongsi Tip Jadi Gadis Hijabi Menawan!

Selain daripada mendapatkan rawatan rambut dari salon-salon kesukaannya, Amira akui sentiasa menitik beratkan soal produk barangan rambut yang dipakai. Syampu, Perapi rambut dan ‘hair mask’ adalah perkara wajib untuknya menggunakan setiap kali mencuci rambut.

5.Tidak Akan Sesekali Ikat Rambut Waktu Basah!

Amira Othman Kongsi Tip Jadi Gadis Hijabi Menawan!

Perkara paling penting Amira tidak akan sesekali mengikat rambut sekiranya ia masih basah. Perkara ini bukan sahaja membuatkan rambut ‘berbuah’ dan berkelimumur, malah akan mengakibatkan rambut berbau hapak! Sebaiknya dia akan mengeringkan rambut terlebih dahulu kemudian barulah mengikat rambut.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI