Siapa yang tidak kenal dengan ratu dangdut negara, Amelina yang popular dengan lagu Semakin Rindu Semakin Asyik.

Setiap kali tibanya Ramadan pasti ada selebriti yang akan menjual pelbagai jenis produk seperti kuih raya, baju raya dan bermacam-macam lagi dan Amelina merupakan salah seorang daripada selebriti-selebriti itu.

Amelina Jual Kuih Raya Di Kota Singa

IKLAN

Amelina berkata bahawa dirinya telah diundang oleh penganjur di Singapura untuk berniaga di sana.

“Buat julung kalinya saya berniaga kuih raya pada Ramadan ini apabila mendapat undangan daripada penganjur di Singapura. Saya berada di Tampines Hub sehingga 22 Jun ini. Cuma, tiada kudrat untuk saya turut menjualnya di sini kerana tidak cukup pembantu,” katanya.

Dia juga turut menyatakan bahawa dirinya berhasrat untuk berniaga lagi pada tahun hadapan namun dia harus menyemak semula jadual kerjanya.

IKLAN

“Jika diikutkan, saya berhasrat untuk berniaga lagi pada tahun depan, cuma perlu meneliti semula jadual kerja. Bukan apa, komitmen terhadap perniagaan cukup tinggi kerana kita perlu turun padang untuk mempromosikan sendiri produk,” katanya.

Ratu dangdut ini juga turut meluahkan rasa syukur dengan sambutan yang diterima daripada peminat-peminatnya yang memberikan sokongan kepadanya.

“Alhamdulillah, tidak sangka peminat memberikan sokongan yang baik, yang membuatkan saya rasa sangat dihargai. Terharu rasanya apabila mereka datang membeli Amelina Cookies dan dalam masa yang sama bergambar untuk mengimbau kembali waktu dulu,” ujar Amelina.

Katanya lagi, dia menjual sebanyak tujuh jenis kuih raya namun ada beberapa yang menjadi popular di kalangan pembeli.

IKLAN

“Saya menjual tujuh jenis kuih raya, namun ada beberapa jenis yang popular di kalangan pembeli seperti tart coklat dan batang buruk moden. Ada yang diubah suai mengikut selera dan trend terkini,” ujarnya lagi.

Sumber: BH Online

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI