Bergelar selebriti, pastinya setiap daripada mereka yang berkecimpung dalam industri glamor ini ada pelbagai kisah dan pengalaman menarik melibatkan peminat mahupun ‘haters’ mereka.
Baru-baru ini, pelakon Amelia Henderson berdepan dengan situasi dilayangkan kata-kata makian daripada seorang individu berikutan tindakan aktres itu yang tidak menjawab mesej (Direct Message) yang dihantar kepadanya menerusi laman sosial.
Amelia atau nama sebenar, Amelia Thripura Henderson, 28, memuat naik tangkap layar (screen shot) ‘makian’ tersebut lantas dikongsikannya menerusi akaun Twitter miliknya.
Pada mulanya, individu berkenaan bertanyakan mengenai darah kacukan Amelia namun merasa bengang mesejnya tidak berbalas, individu tersebut terus melemparkan perkataan yang tidak senonoh terhadap pelakon kacukan India dan Scotland.
“But*, sombong bab* kau, lanca* ah, ingat lawa sangat ke sia#,” tulis individu berkenaan.
Ads
Tidak mengambil hati dengan komen tersebut, Amelia secara bersahaja menulis kapsyen ringkas berbunyi, “Welcome to my DM’s.”
Rata-rata netizen dan peminat Amelia kemudiannya meminta pelakon itu tidak melayani mesej-mesej negatif seperti itu.
Ads
“Omg, kasihan orang macam itu. Kurang kasih sayang tu. Just ingnore him.
“Blocked, jangan layan. Buat semak je.
“Wow just because you tak reply DM dia, dia jadi gila.
“Amelia ni dari aku sekolah rendah lagi memang adore dia. Cantik gila. Mamat ni okay tak okay.
Ads
“Dia yang tanya, dia yang koyak,” komen sebahagian netizen.
Pelakon dan pelawak, Zizan Razak memohon semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung fotonya bersama pengacara, Hawa Rizwana Redzuan yang dimuat naik di laman Instagram pagi tadi.
Menurut Zizan, motifnya memuat naik gambar tersebut adalah untuk memaklumkan mengenai projek drama terkininya bersama Hawa.
“Assalamualaikum, okay Malaysia, oh my god. Saya mahu anda semua bertenang. Mengenai posting saya sebentar tadi, niat saya adalah untuk menguar-uarkan naskah yang akan kami keluarkan,” katanya.
Video penjelasan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Polis Evo itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, projek tersebut bakal menjadi debut pertama Hawa sebagai seorang palakon.
“Ini adalah lakonan pertama Hawa. Tiba-tuba jadi lain pula kisahnya. Disebabkan posting tersebut, orang ingat saya dengan Hawa ada apa-apa. Tidak, bukan itu ceritanya.
“Saya hanya mahu menguar-uarkan tajuk cerita tersebut supaya anda semua boleh nantikan sebab ia akan ditayangkan di televisyen,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Zizan turut merakamkan ucapan terima penghargaannya kepada semua pihak yang menyokong perjalanan kerjayanya selama ini.
“Rakyat Malaysia kena bertenang ye. Apapun, terima kasih kepda semua pihak yang menyokong saya, Hawa dan industri seni kita. I love you Malaysia,” akhirinya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut sempat berseloroh dengan mengatakan mereka bersetuju dan tiada masalah sekiranya Zizan dan Hawa betul-betul punyai hubungan istimewa.
“Tapi kalau betul pun ada apa-apa pun okay sangat tu. Kasi jadi jelah.
“Kalau ada pun, apa salahnya. Sudah masanya.
“Zan, jika betul jodoh, Alhamdulillah. Sama baik, sama padan.
“Kalau dah jodoh tak ke mana.
“Tak mengapa Abang Zizan. Kalau ada apa-apapun kami sokong je,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, foto Zizan bersama Hawa itu nyata telah menzahirkan rasa teruja dikalangan netizen dan rakan selebriti sehingga posting tersebut dihujani ribuan komen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara mementingkan kesempurnaan dalam segala aspek ketika membuat persembahan, penyanyi, Aina Abdul mendedahkan dirinya sanggup berbelanja besar bagi memenuhi kehendaknya itu.
Bagaimanapun, Aina mula merasakan tindakannya itu boleh memakan diri sekiranya ia tidak dikawal.
“Itu merupakan satu masalah mengenai diri saya. Bila saya terlalu ambisi nak lakukan sesuatu yang lain dari lain, saya terpaksa mengeluarkan kos yang banyak. Saya sangat perfectionist.
“Kadang kala, bila team saya bentangkan jumlah bajet, bukan nak kata saya mampu tapi masalahnya saya terlalu mudah bersetuju dengan bajet tersebut,” katanya kepada MH.
Katanya lagi, disebabkan keinginannya itu, dia terpaksa bekerja keras lebih-lebih lagi bila memikirkan mengenai tempoh aktifnya di dalam industri seni.
“Sebab itu ramai yang paksa saya bercuti dan jarang tengok saya membeli belah untuk diri sendiri. Self-love pun penting tapi saya sudah sampai ditahap berada di dalam industri ini ketika umur saya 30 tahun.
“Saya terpaksa buat banyak perkara dalam satu tempoh masa yang singkat . Saya anggap kerjaya saya seperti bateri. Saya sendiri tak tahu berapa peratus lagi yang saya ada.
“Menjadi seorang wanita yang berada di dalam industri pada usia 30 tahun bukan mudah. Kadang-kadang saya terpaksa berhabis untuk lakukan apa yang saya inginkan. Sebab itu saya terima sahaja apa jenis undangan persembahan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Semalam ini turut mendedahkan pengalaman masa lalu, banyak mematangkan kerjaya seninya ketika ini.
“Kadang kala, perkara yang saya buat itu tidak menjadi walaupun dah berbelanja banyak. Saya pernah laluinya di AJL sebelum ini. Tapi saya tak boleh dedahkan AJL yang mana.
“Saya berbelanja sampai memakan diri. Persembahan itu pun tak menjadi impak.
“Selepas itu, saya duduk menyendiri sekejap, saya berfikir untuk cari jalan macam mana saya boleh berhabis tapi pada masa sama ia mampu menjadi impak.
“Tiga AJL sebelum ini akan jadi pengajaran buat saya di AJL37 ini. Saya akan beri tekanan sedikit pada team saya untuk kita pastikan kesilapan lama tidak berulang,” akhirinya.
Terdahulu, Aina bakal bersaing di pentas AJL keempatnya menerusi lagu Terus Hidup.
AJL37 akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari ini dan akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah akui berdepan pelbagai cabaran termasuklah dakwaan rumah tangga yang didakwa diganggu orang ketiga sepanjang menyertai program realiti, Famili Duo.
Pendedahan tersebut sekali gus menjawab spekulasi ramai berhubung sebuah hantaran tentang perkongsian Bella di Instagram Story baru-baru ini.
Jelas Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, posting tersebut merupakan ‘amarannya’ buat individu terbabit agar tidak lagi menggangu suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz.
“Rasanya ramai yang boleh nampak dan setiap orang punyai masalah peribadi tersendiri. Mengimpikan hidup yang sempurna itu memang susah.
“Mengenai posting di Instagram, saya sebenarnya risau seandainya kejadian lama (kemelut rumah tangga) berulang kembali. Sebagai isteri, saya memang ada perasaan trauma.
“Alhamdulillah, Aliff telah menunjukkan banyak perubahan sejak kami rujuk. Selepas Aliff buat comeback, dia shooting dengan ramai pelakon wanita seperti Nad Zainal dan Intan Najwa tapi tiada masalah pun.
“Sampailah yang baru-baru ini, memang ada masalah. Posting tersebut merupakan amaran dan saya sudah pun bertanya kepada Aliff berhubung isu tersebut. Kata orang, sebelum apa-apa kita kena tanya suami kita dahulu,” katanya kepada MH.
Jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, dia bertambah geram apabila individu bergelar pelakon itu kerap cuba menghubungi suami dalam satu masa.
“Bila hari-hari ada missed call tujuh hingga lapan kali, rasanya itu tidak perlu. Pada mulanya, saya tak tahu itu nombor siapa. Bila saya minta nombor individu tersebut daripada rakan artis, rupanya memang nombor yang sama.
“Rasanya individu tersebut pun sedar yang saya dah tahu. Saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang tapi tak pernah pun berhubung selepas waktu kerja. Kalau telefon sekali dua, saya faham lagi. Tapi kalau tujuh lapan kali, saya tak nampak sebabnya,” kongsinya lagi.
Bella berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh akhir Famili Duo yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada Ahad.
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan pelakon wanita tersebut telah memohon maaf dan mengakui kesilapannya itu.
“Saya ada berhubung dengan pelakon wanita tersebut. Dia memohon maaf dan mengakui dirinya bodoh kerana tersuka pada suami saya. Dia direct message dan Whatsapp tanpa henti. Dia minta kami berkawan tapi saya tak mahu.
“Sekarang ini makin ramai yang berani mendekati pasangan orang lain. Saya rasa sangat kecil dan tidak dihormati,” ujarnya.
Bagaimanapun, Bella memberitahu, dia memerlukan masa untuk memaafkan individu terbabit.
“Saya ini hanyalah manusia biasa. Mungkin proses ini mengambil masa perlahan-lahan. Yang kejadian sebelum-sebelum ini pun saya dah maaf dan lupakan.
“Mungkin ini kuasa Allah. Saya tidak simpan perasaan dendam dan benci. Cuma kejadian yang terbaru ini saya tak boleh terima. Sebagai orang industri, mungkin dia pun tahu apa yang pernah kami lalui. Dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Apapun, Aliff dah bersetuju untuk tidak lagi bekerjasama dengan pelakon tersebut lagi selepas ini. Mereka ada sebulan lagi untuk habiskan penggambaran. Aliff pun ajak saya datang ke set kalau ada kelapangan,” akhirinya.
Terdahulu, Bella dan gandingannya Wani Kayrie telah berjaya melangkah ke peringkat akhir Famili Duo yang akan berlangsung pada minggu hadapan.
Ikuti temu bualnya mengenai isu berkaitan di sini;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.