Umum mengetahui, Inteam merupakan antara kumpulan nasyid yang mempunyai pengaruh besar didalam industri seni tanah air.

Malah, lagu-lagu mereka juga masih malar segar sehingga hari ini.

Terbaru, menerusi perkongsian di aplikasi Tik Tok, Inteam nyata telah menarik perhatian ramai apabila mereka dilihat membuat satu persembahan khas bersama bekas anggota kumpulan tersebut, Suhaimi Saad di majlis perkahwinan pengurus mereka.

Inteam serta Suhaimi terlah bergabung untuk menyanyikan lagu hits kumpulan tersebut, Impian Kasih.

@inteam_officialImpian kasih LIVE di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ni berlima😍😍😍. Cuba teka kami berduet dgn siapa😍😍

♬ original sound – Inteam_Official


“Impian Kasih live di majlis perkahwinan pengurus kami. Biasa kami nyanyi berempat, kali ini berlima,” tulis pengendali akaun tersebut.

Gabungan tersebut nyata membuatkan peminat mengenang kembali nostalgia sewaktu zaman kegemilangan Inteam yang popular sejak tahun 2000.

IKLAN

Dalam pada itu, mereka turut memuji kemerduan vokal Suhaimi yang dikatakan tidak berubah sehingga hari ini.

Meninjau di ruagan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja sehingga ada yang mencadangkan supaya Suhaimi kembali menganggotai kumpulan Inteam.

“Bumi rata pun ratalah. Saya minat suara dia. Best. Harap dapat bersama kembali.

“Wow, sungguh mengimbau nostalgia zaman UIAM.

IKLAN

“Suhaimi, saya memang minat suara dia. Pendapat dia yang bukan-bukan tu, saya malas ambil tahu.

“Suara Suhaimi lemak merdu.

“Suara Suhaimi masih pada macam dulu-dulu,” antara komen-komen netizen.

IKLAN

Sekadar informasi, Suhaimi merupakan anggota asal Inteam namun, memutuskan untuk keluar daripada kumpulan tersebut pada tahun 2005 bagi menuruskan kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, nama Suhaimi kerap menjadi perhatian warga net gara-gara sering memberikan kenyataan kontroversi seperti menyatakan bumi berbentuk landai dan bukannya bulat.

Malah, dia juga turut memberhentikan persekolahan anak-anaknya dan mengajar mereka sendiri di rumah kerana tidak percaya dengan sistem pembelajaran di negara ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Inteam

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI