Hubungan ‘teman tapi mesra’ antara Jaa Suzuran dan Melissa Th’ng sering mendapat perhatian kerana telatah bersemut mereka.
Misalnya baru-baru ini, Melissa ada memuat naik video bersama pengacara itu yang sedang menyanyikan lagu South of the Border nyanyian Ed Sheeran bersama Camila Cabello dan Cardi B.
“So obsessed with this song lahh.. It’s called South of the Border (Ed Sheeran @teddyphotos feat. Camila Cabello & Cardi B),” tulisnya.
Sehingga kini video tersebut telah mendapat 200,000 tontonan dan rata-rata meninggalkan komen.
Terdahulu, Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, iaitu Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa.
Video : Instagram Mia Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah keguguran pada usia enam minggu kehamilan Julai lalu, pelakon Fasha Sandha akhir-akhir ini kerap kali dikaitkan seperti sedang hamil kembali gara-gara saiz perut yang semakin membesar.
Teka teki akhirnya terjawab apabila ibu Fasha, Hatijah Teh Man menerusi laman Instagram mengesahkan perkara tersebut menerusi ruangan komen.
Sekeping foto keluarga di mana aktres hebat ini berpakaian blaus merah jambu menguatkan lagi andaian.
“Comelnya Fasha Sandha. Sama macam perut saya dah 5 bulan. Kalau kandungan fasha 5 bulan maknanya sama la baby kami,” komen individu tersebut.
Jawapan wanita ini sekaligus mengesahkan berita kehamilan tersebut.
“Tak sampailah 5 bulan dik ooo,” balas ibunya.
Kalaulah betul bagai apa dikata si ibu, tahniah buat Fasha dan Aidil.
Foto : Instagram Mama Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Buat kesekian kali, Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu setakat ini dia masih kekal dengan pendirian untuk tidak berentap dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), meski lagu nyayiannya, Anta Permana berjaya meneruskan saingan ke pertandingan nyanyian berprestij itu.
Perkata tersebut dimaklumkan penghibur terkenal itu selepas beberapa kali diasak dengan persoalan sama oleh para peminat yang merindui kelibat penyanyi berkenaan di anugerah muzik tahunan itu.
“Seperti yang saya sudah beritahu sebelum ini, saya mahu berehat dari menyertai Anugerah Juara Lagu.
“Setakat ini saya tetap dengan pendirian tersebut,” katanya kepada MH.
Terdahulu, Siti ditemui sejurus selesai menjayakan konsert mini Shopee X Simplysiti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Sabtu.
Difahamkan, Hael sebelum ini belum terbuka hati untuk ‘membenarkan’ penyanyi lain menggantikan tempat Siti kerana lagu dan ‘jiwa’ Anta Permana sememangnya dicipta khas buat penyanyi nombor satu negara itu.
Kali terakhir Siti berentap di AJL adalah pada pada tahun 2007 menerusi lagu Destinasi Cinta.
Sepanjang persiangannya di AJL, ibu kepada seorang cahaya mata ini unggul dengan merangkul anugerah utama sebanyak tiga kali iaitu menerusi lagu Jerat Percintaan (AJL11), Cindai (AJL13) dan Balqis (AJL15).
Antara Permana merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.