Hari ini, usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew telah pun melancarkan peti Elewsmart Food Bank di salah sebuah pasar raya miliknya.

Elewsmart Food Bank ini merupakan salah satu platform bagi membantu golongan yang memerlukan dan pada masa sama turut membuka ruang kepada orang ramai untuk sama-sama menderma.

Menurut Ustaz Ebit, dia berharap agar inisiatif ini dapat diperluaskkan lagi ke seluruh cawangan pasar raya miliknya.

View this post on Instagram

Doakan yer…FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank. Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini. Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi. Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew Saudaraku disebalik ujian ada rahmat FoodBank Take What You Need Give What You Can

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Doakan yer. FoodBank di semua cawangan @elewsmart menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu.

“Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan elewsmart di setiap tempat. Di setiap elewsmart ada FoodBank.

IKLAN

“Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama.

“Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini,” tulisnya.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi akaun Instagram miliknya.

IKLAN

Jelas Ustaz Ebit lagi, inisiatif ini telah mengingatkan dirinya sewaktu menjalani kehidupan yang susah satu ketika dulu.

“Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

“Pernah sekali masa kerja orang selit rm2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

IKLAN

“Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya-ebitlew

“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat. ‘FoodBank Take What You Need Give What You Can’,” katanya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha yang telah dilakuan oleh Ustaz Ebit itu selain turut mendoakan agar segala misi dipermudahkan.

“Ambil Sahaja Free Je, Tak Mengira Bangsa & Agama,”- Lancar Elewsmart Food Bank, Ustaz Ebit Liew Kenang Zaman Susah “Ambil Sahaja Free Je, Tak Mengira Bangsa & Agama,”- Lancar Elewsmart Food Bank, Ustaz Ebit Liew Kenang Zaman Susah

Sumber: Instagram Ustaz Ebit Liew

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI