Menjalin hubungan serius sejak hujung tahun 2021, pelakon Nafiez Zaidi mengakui dia sudah pun merisik kekasih hati, Fify Azmi pada 4 Jun lalu.
Majlis merisik di antara kedua belah keluarga itu dilangsungkan secara sederhana di kediaman keluarga Fify di Subang Jaya, Selangor.
Nafiez atau nama sebenarnya, Abdul Nafis Abduzaidi berkata, dia tidak mahu membuang masa bercinta, sebaliknya merancang untuk menyunting rakan artisnya itu sebagai suri hati menjelang hujung tahun ini.
“Kalau boleh saya dan Fify enggan bertunang, nak nikah terus. Jadi majlis merisik ini sebagai ‘mukadimah’ untuk fasa seterusnya. Semoga segala-galanya dipermudahkan.
“Lagipun kami masing-masing akan sibuk dengan kerja seni, jadi itulah yang pilih tarikh semalam bawa keluarga kenal mesra.
“Kalau sudah bawa keluar berjumpa ini, ia juga isyarat saya tak mahu main-main dalam hubungan ini. Saya serius mahu memperisterikannya,” katanya.
Menerusi majlis berkenaan, Nafiez menyerahkan gelang tangan dan rantai yang diserahkan dalam kotak hitam sebagai simbolik ikatan.
“Cuma selepas ini, bila masing-masing sudah sibuk berlakon, kami sepakat tak mahu ‘show off’ keterlaluan sangat mengenai hubungan ini.
“Menjelang hari bahagia, harap segala-gala yang dirancang menjadi. Apa saja kemungkinan boleh terjadi, namun saya dan Fify tawakal dan akan cuba sehabis baik menjaga ikatan hubungan ini,” katanya lagi.
Nafiez turut memuat naik beberapa foto menerusi Insta Stories.
Imbas kembali, pasangan selebriti ini mulai rapat sejak penggambaran filem Ada Hantu 2, Disember tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nafiez bakal menjalani penggambaran filem aksi, Bakara arahan Adrian Teh yang turut dibintangi Hairul Azreen dan Iedil Putra.
Bakal mendukug watak sebagai Lans Koperal Nik Zainal, filem tersebut juga dijangka akan menjalani penggambaran di Turki, Istanbul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tasha Manshahar mengakui pada awalnya dia memang agak risau melihat perkembangan anaknya yang dikata agak lambat untuk bertutur meskipun selepas usianya mencecah setahun enam bulan.
Menurut Tasha, para peringkat umur tersebut, anaknya, Muammar masih belum mampu untuk menyebut perkataan-perkataan bermakna seperti kebanyakkan bayi yang lain.
“Ada satu ketika saya sangat risau sebab Muammar belum sebut apa-apa perkataan. Kalau ikut guideline, Muammar kira lambat jugak bercakap. Pernah masa pergi check up setahun enam bulan, doktor tanya perkataan apa je dia dah sebut. I kata, “takde”. Sebab memang takde.
“Dia buat bunyi tapi takde perkataan bermakna. Apa maksud perkataan bermakna? Contoh anak sebut “mama” dan mama tu memang dia tujukan untuk ibu dia. Contoh lain, susu. Contoh dia sebut “shu” walaupun pelat, tapi dia sebut bila dia nak susu. Dan kita faham perkataan “shu” tu dia maksudkan susu.
“Generally, 1y6m anak dah mula sebut beberapa perkataan bermakna tapi Muammar langsung takde masa tu,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Jelas Tasha lagi, sebagai ibu bapa, dia dan suami tidak pernah berputus asa untuk mencuba pelbagai cara sehingga anaknya itu mampu bertutur.
“Lagi pulak doktor tanya if kitorang nak dia buatkan referral letter ke therapist. As first time mom, tipulah kalau tak risau. Tapi at the same time, tak adil utk Muammar kalau I in denial.
“For me, if kita betul sayang anak kita, kita patut bagi peluang untuk dia dapatkan bantuan kalau dia memang perlukan. Itu hak dia.
“So I discuss dengan Raqib, then we decided untuk bagi masa sampai dia dua tahun. Jadi dalam tempoh ni kitorang try macam-macam.
“Alhamdulillah, masa umur dua tahun dah mula ada perkataan bermakna. Kitorg continue lagi usaha dan seingat I masa dia nak masuk 2y6m, dia dah boleh gabung 2 – 3 perkataan,” kongsinya lagi.
Berkat usaha dan kesabaran yang tinggi, Tasha menzahirkan rasa lega kerana Muammar kini sudah pun mampu bertutur dan menyusun kata-katanya sendiri.
Jelas Tasha, setiap anak mempunyai perkembangan yang berbeza tidak perlulah kita membandingkan mereka dengan kanak-kanak lain.
“Lambat sikit kan? Tapi ada progress Alhamdulillah. Ni dah nak masuk 3 tahun Jun 2022, masyaAllah tabarakAllah, dah boleh buat ayat lengkap, dah boleh buat kawan borak, dah pandai nyanyi. Ahamdulillah.
“Banyak ayat lain dia dah cakap tapi ayat atas ni sangat random terus I teringat masa I risau dia lambat cakap dulu. Setiap anak progress dia berbeza-beza. Don’t compare.
“Tapi as parents, do our best to help them, appreciate them sebab sesungguhnya anak-anak ni lah yang ajarkan kita byk perkara. Semoga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah,” akhirinya.
Sekadar infromasi, Tasha berkahwin dengan Raqib Majib pada 8 September 2018. Selain Muammar, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak, Mateen Rizqi yang kini berusia tujuh bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tasha Manshahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan calang-calang penyanyi muda apabila konsert solo pertama Aina Abdul di pentas berprestij di Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini bakal dihadiri ramai selebriti-popular tanah air.
Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 29, dia tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis.
“Alhamdulillah lebih kurang seminggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang cukup saya impikan selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.
“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket menyaksikan konsert ini, pengurus saya memaklumkan ramai selebriti terkenal dan berpengalaman bakal menghadiri konsert ini.
“Antaranya ialah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Datuk Hattan, Nabil Ahmad dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran mereka sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert ini untuk membuat persembahan di hadapan mereka,” katanya kepada MH.
Menurut Aina yang cukup popular dengan lagu Sepi dan Semalam ini, dia tidak putus berdoa agar segala persiapan menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.
“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.
“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan.
“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.
“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,” katanya.
Konsert A Night With Aina Abdul 2.0 merupakan kesinambungan kepada kejayaan Konsert A Night With Aina Abdul yang berlangsung pada Disember tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dianggap sebagai antara pelakon tempatan yang versatil, berkarisma serta memiliki aura hero yang kuat, tidak menghairankan apabila nama Beto Kusyairy sering menjadi pilihan sebagai idola dalam kalangan bakat baharu yang ingin menceburi dunia lakonan.