Mengikut saranan kerajaan bagi mengamalkan normal baru dalam sistem penjarakan sosial, pasangan selebriti Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza menikmati makanan di sebuah premis makanan.
Menerusi foto yang dimuat naik pelakon filem Bulan Dan Pria Terhebat itu, dia merakam foto suaminya sambil menggenggam tangan.
“I don’t think he’s too pleased with the new SOP. #kaujanganpergimanamana,” tulisnya.
Pelakon, Shima Anuar berkongsi pengalaman apabila berdepan dengan situasi anaknya yang mengalami gejala tantrum atau amukan melampau.
Kongsi pelakon filem Highlands Tower itu, kejadian berlaku pada waktu malam apabila emosi anaknya yang berusia tiga tahun itu berubah-ubah; menagis,menjerit berterusan dan mahukan belaian.
“O Kejap nak tido dlm buai, kejap nak tido ot katil. Dia boleh nangis meraung2 menjerit dlm sejam non stop!
“O dia nak peluk, sometimes taknak org pegang langsung. Serba tak kena. Ubat dia 1 je. SABAR. Haha be strong mommies/daddies yg ada masalah yg sama macamni.
“Soon diorg akan ok InshaAllah. Mommy dah tua nanti, kalau mommy meragam, sophia taknak jaga mommy, siap kau!) #tantrumsecondround,” tulisnya.
Untuk informasi, gejala tantrum berlaku pada kanak-kanak berusia lingkungam satu tahun hingga hingga 2 tahun setengah yang mana mereka akan mula memberontak, membuang barang, merajuk dan protes.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Bella Astillah memberitahu dirinya pasti akan merindui kembali fasa mengandung selepas bersalin anak keduanya, tidak lama lagi.
Dalam usia kandungan yang sudah pun mencecah 37 minggu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu kini sedang hitung hari untuk timang ahli baru dalam keluarganya.
Berkongsi foto terkini, pelakon dan penyanyi itu turut menghargai momen indah yang sedang dilalui.
“Done check up. When I give birth, I will surely miss being pregnant.
“Feeling the baby kick and do somersault in my tummy is too precious #37weekspregnant #anytimesoon,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram sambil memberikan kredit.
Lalu, rata-rata peminat serta rakan selebriti turut mendoakan agar proses bersalinnya dipermudahkan kelak.
Sekadar informasi, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrian yang kini mencecah usia tiga tahun.
Bintang yang kini muncul menerusi single baru, Tenang ini turut berkongsi mengenai perkembangan terkininya bersama peminat menerusi platform sama.
Fazura ada menitipkan dedikasi teristimewa bersempena ulang tahun kelahiran arwah bapanya, Sharifuddin Adnan.
Memuat naik foto sekuntum bunga mawar putih sebagai simbolik mengenang insan teristimewa dalam hidup, permaisuri hati kepada pelakon, Fattah Amin ini menzahirkan rasa.
Kongsinya, dia rasa sayu apabila mengenangkan apakah perasaan Papa (panggilan buat arwah bapa) andai mengetahui anak perempuan tunggalnya itu bakal melahirkan anak pertama tidak lama lagi.
Bagaimanapun, Fazura bersyukur kerana masih terus dapat berdoa buat Allahyarham.
Perkongsian rasa tersebut dibuat bintang Pisau Cukur ini menerusi Instagram, pada Rabu.
“Hari ni merupakan hari lahir Allahyarham Papa. He would have been 64 today.
“Tahun ni rasa sayu yang luarbiasa, mengenangkan apa yang Papa rasa kalau dia ada depan Faz sekarang bila anak perempuan tunggalnya bakal melahirkan anak pertama. Rindu tak terkata.
“Tapi Faz tetap rasa dekat dengan Papa, syukur selalu dapat berdoa untuknya. Pohon Faz jika semua dapat titipkan doa buat Allahyarham papa, Sharifuddin bin Adnan,” tulisnya.
Bakal ibu ini pada masa sama turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah bapanya yang sudah dianggap sebagai bapa saudara sendiri.
“Semoga rohnya sentiasa berada di dalam keredhaan dan kemuliaan Allah SWT. Faz turut bersedih atas pemergiaan teman baik arwah Papa yang sudah dianggap seperti bapa saudara Faz.
“Beliau telah berhijrah ke alam abadi lewat subuh semalam, sehari sebelum hari lahir Papa. Mari kita sama-sama mendoakan agar roh Mohamed Amin Bin Hussin dicucuri rahmat.
“Semoga isteri dan anak-anak yang dikasihi dikurniakan kekuatan dan ketenangan untuk melalui hari-hari yang akan datang,” kongsinya panjang lebar.
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat menitipkan doa di ruangan komen serta bacaan al-Fatihah buat insan yang telah pergi buat selamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!