Menerusi perkongsian di laman Facebook Bersamamu, kelibat pelakon cilik hebat, Puteri Balqis nyata mengejutkan segelintir peminat industri hiburan tanah air.
Setelah sekian lama menyepi daripada dunia lakonan, Puteri dilihat berkongsi kesukaran hidup dalam rancangan popular tersebut.
Sedikit sedutan daripada program tersebut, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengulas perubahan hidup secara tiba-tiba itu cukup indah kerana tuhan tidak mahu mereka lupa diri.
Malah dia secara jujur mengatakan sering terputus makan selama dua atau tiga hari.
“Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut,” jelasnya.
Ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kesihatan anaknya.
“Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia sudah okay,” jelasnya.
Dahulu hidupnya dipuja…Puteri Balqis, dia juga insan yang diduga. Saksikan Bersamamu, 12 Januari 2020, 6.30 petang di TV3.Anda boleh salurkan sumbangan kepada akaun Maybank 1627-7719-0105 (Maybank) Norashikin binti Mohamad Aziz (ibu).Hulurkan tangan, Ringankan beban.
Sayu dan simpati dengan nasib kedua beranak ini, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.
Sekadar imbasan, menurut laporan Astro Awani, pelakon cilik ini didakwa netizen mengidap penyakit kronik pada peringkat awal dan sedang menjalani rawatan.
Foto : Facebook Bersamamu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Misha Omar ada memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Figura yang sinonim menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta ini telah pun menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-38.
Lalu bintang asal Kelantan ini ada meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan olehNya.
“M I S H A O M A R, T I G A P U L U H L A P A N, H A R I I N I … Alhamdulillah, tiada kata secantik bahasa dpt menggambarkan betapa saya sgt bersyukur masih di sini meraikan hari ulangtahun bersama ahli keluarga, teman-teman yg setia menemani kak mitch di sepanjang kembara seni kak mitch selama ni.
“Kak Mitch percaya, apa jua yg kak mitch miliki pada hari ini berkat nya jua datang dari kalian yg selalu memberi pandangan yg baik, kata-kata yg baik dan mendoakan yg baik-baik juga untuk kak mitch sekeluarga.
“Terima kasih tau..cuma Allah saja mampu balas ingatan & kasih sayang kalian…kalian lah antara hadiah yg terbaik dalam hidup kak mitch…alhamdulillah..allah hu akbar!! terima kasih…..,” tulisnya.
Tiba-tiba nama penyanyi dan pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Sasha Saidin menjadi perhatian apabila dia telah didakwa sebagai sebagai perampas.
Malah, anggota kumpulan Elite ini juga turut didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab berpisah dengan isteri terdahulu.
Memetik Gempak, ibu kepada seorang cahaya mata itu tampil memberikan penjelasan dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan.
“Semua itu tidak benar kerana saya hanya rapat dengan suami pada Jun 2019. Kami cuma terkejut apabila seseorang itu sanggup sampai tulis email kepada media untuk membuat fitnah tentang kami.
“Tak apa. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Sasha turut akui dirinya tidak terkesan dengan dakwaan yang telah dibuat selain memberi bayangan tahu akan siapa gerangan yang menulis emel terbabit.
“Tak mengapa, kita tahu kita tak buat apa-apa salah pun. Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan apa motif mereka untuk membuat cerita fitnah itu tapi kami maafkannya,” tambahnya lagi.
Terdahulu, sebuah blog hiburan ada memaparkan satu emel yang mendakwa suami kepada artis tersebut, dikatakan telah mengabaikan tanggungjawab.
Emel yang dilayangkan turut mendakwa, keduanya juga menjalinkan hubungan sulit sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda beberapa tahun selepas itu.
Malah suaminya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang wanita dari Kuala Lumpur dan dibawa tinggal bersama di Dubai.
Bagaimanapun, mereka bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita itu bersalin.
Terdahulu, Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.28 malam, pada Isnin.
Sasha atau nama sebenarnya Sasha Mohd Saidin dinikahkan adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin.
Atas perkahwinan tersebut, Sasha menerima mas kahwin RM1,000 berserta tiga dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan wang hantaran RM10,000, manakala pihak perempuan menyerahkan lima dulang.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.