Walaupun belum lagi mulakan pengambaran untuk drama Red Velvet, nampaknya peminat Alif Satar dan Neelofa sudah mula wujudkan hashtag #Alofa.

Adakah perlu wujudnya hashtag gabungan nama mereka kerana status Alif yang sudah berkahwin? Alif memberi jawapan yang jelas.

#Alofa, Alif Tak Kisah Pun…

IKLAN

Menurut Alif dalam sebuah temuramah bersama Astro Gempak, dia memberitahu sangat teruja berkerjasama dengan Neelofa dan tidak kisah jika hashtag gabungan namanya bersama Neelofa digunakan kerana hak peminat.

“Itu adalah hak peminat kerana saya tidak boleh menghentikan mereka daripada melakukannya. Lagi pun itu hanyalah sekadar hashtag dan ia tidak ada membawa maksud apa-apa pun.

 

“Sekurang-kurangnya dengan adanya hashtag itu akan memudahkan orang ramai untuk bercakap mengenai drama tersebut. Jadi saya tidak ada isu, nak letak…letaklah kerana jika dilihat pada sudut positif ia akan memberikan banyak kebaikan kepada drama tersebut,” jelasnya.

Dalam masa yang sama Aliff juga berkongsi sudah bersedia untuk menerima sebarang kritikan dan reaksi daripada penonton.

IKLAN

IKLAN

Adakah gabungan mereka berdua akan mendapat sambutan seperti sebelum ini? Sama-sama kita nantikan.

SUMBER : Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI