Semalam, MH ada melaporkan bahawa pelakon, Yatt Hamzah risau memandangkan kandungannya sudah 13 hari ‘overdue’.

Dia meluahkan kerisauannya itu menerusi Instagram miliknya. Mungkin berkat doa orang ramai, Yatt akhirnya selamat melahirkan anaknya semalam.

Dalam perkongsiannya, Yatt mengatakan bahawa dia selamat melahirkan pada tengah hari semalam.

“Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara normal di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H.

“Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah. Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini,” tulisnya di Instagram.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Saya Yatt Hamzah, Bonda YH telah selamat melahirkan seorang puteri Mujahidah secara NORMAL di Hospital Naluri kira2 jam 12.10 tengahari pada 1 April 2018 bersamaan 14 Rejab 1439H. . Bonda dan Baby girl #babyYH seberat 3.33 kg dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah. . Kami sekeluarga menzahirkan rasa syukur atas kelahiran puteri kami yang ketiga ini. . Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial. . Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Ameen. ?? . #yattmengayat #yatthamzah #Alhamdulillah #babydahkeluarakhirnya #overdue13hari

A post shared by www.fb.com/YATT.HARYATIHAMZAH (@yatthamzah_suci) on

IKLAN

Dalam pada itu, Yatt juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada peminat-peminat yang turut mendoakannya.

“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan semua, terutamanya keluarga, rakan2 dan semua pihak yang mendoakan termasuk followers di media sosial.

“Mohon doakan agar anak ini jadi seorang Mujahidah yang Solehah, Hafizah Quran, HambaNya yg faqih lagi Muttaqin. Ameen. #yattmengayat #yatthamzah #Alhamdulillah #babydahkeluarakhirnya #overdue13hari,” tulisnya lagi.

Alhamdulillah! Tahniah MH ucapkan kepada Yatt dan pasangan. Semoga dengan kehadiran puteri ini akan menwarnai lagi kehidupan mereka.

IKLAN

Menerusi pemerhatian MH, perkongsian Yatt itu turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat-peminatnya.

Allhamdulillah, Bayi Yatt Hamzah Overdue Selamat Dilahirkan!

IKLAN

 

MH perasan juga bahawa Yatt menutup wajah puterinya itu, harapnya nanti Yatt juga akan turut berkongsi wajah anak apabila sudah bersedia kelak.

sumber: IG Yatt Hamzah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI