Aktor Datuk Adi Putra meluahkan rasa syukur apabila filem aksi lakonannya, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa kini sudah mencecah kutipan sebanyak RM13 juta.
Baru tujuh hari tayangan di pawagam (sehingga 31 Ogos), Adi, 41, berkongsi perkembangan baik itu menerusi Instagram, pada Khamis.
“Allahuakbar, you guys memang Mantap! Terima kasih,” tulisnya menerusi ruangan komen disusuli dengan beberapa tanda pagar.
Difahamkan, filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu juga bakal menemui penonton di Korea Selatan, Jepun dan Taiwan.
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.
Ads
Filem ini mengisahkan Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang TUDM ditembak musuh. Di Malaysia, pasukan TUDM melancarkan misi untuk menyelamatkan mereka.
Selain Adi, naskhah ini turut menampilkan lakonan Aiman Hakim Ridza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corinne, Scha Alyahya dan Carmen Soo.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah, Adrian Teh mendedahkan filem terbaru arahannya yang berjudul Malbatt Misi Bakara telah menelan belanja sebanyak RM20 juta sekali gus mencatatkan sejarah sebagai filem termahal negara setakat ini.
Menurut Adrian, meskipun bajetnya kedengaran agak besar, namun dia merasakan jumlah tersebut adalah wajar lebih-lebih lagi untuk menghasilkan filem bergenre seperti ini.
“Filem ini mendapat dana berjumlah RM20 juta. Terima kasih saya ucapkan buat Tan Sri Vincent Tan dan para pelabur lain. Namun, ini bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan. Kalau buat filem mahal tapi tidak mencapai tahap box office tak guna juga.
“Ia memang agak mencabar tapi pada pendapat saya, kalau nak menghasilkan filem sebegini, inilah bajetnya. Kalau anda tanya saya, RM20 juta itu masih tak cukup.
“Kami kena menempah khas bagi peralatan tentera termasuk uniform. Pakaian sahaja dah mencecah ratusan ribu. Kami juga kena bina aset-aset tentera,” katanya kepada MH.
Adrian berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran filem Malbatt Misi Bakara yang diadakan di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Dalam pada itu, Adrian turut mengakui dia agak tertekan lebih-lebih selepas mendengar ucapan daripada penerbit Berjaya Pictures, Tan Sri Vincent Tan yang berseloroh mengharapkan filem ini bakal mendapat pulangan yang baik.
“Sudah tentu saya agak tertekan. Walaupun saya tahu niatnya hanya bergurau tapi dia ada hak untuk berbuat sedemikian dan pastikan filem ini mendapatkan untung.
“Buat masa sekarang, tiada apa yang boleh saya buat untuk meyakinkan dia kerana saya pun baru sahaja memula proses post-production. Saya harap proses post-production ini dapat berjalan dengan lancar.
“Harapnya bila filem ini siap tahun hadapan, dengan teknik pemasaran yang betul dan sokongan daripada pihak penerbit, saya percaya filem ini mampu mencapai jumlah kutipan box-office yang bagus,” ujarnya lagi.
Malbatt Misi Bakara mendapat sokongan penuh daripada pihak Tentera Darat Malaysia dengan kerjasama enam syarikat penerbitan gergasi iaitu Berjaya Pictures, Act 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Investments Limited, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw.
Selain Tan Sri Vincent Tan, antara yang turut sama hadir ke majlis ini termasuklah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain.
Filem ini mengangkat kisah benar tentang operasi untuk membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam peperangan saudara di Somalia.
Malbatt Misi Bakara menjalani penggambaran di tiga buah lokasi utama iaitu Turki, Johor dan Lembah Klang.
Kisah ini juga pernah diketengahkan di dalam filem Hollywood iaitu Black Hawk Down.
Namun, kali ini para penonton berpeluang untuk mengetahui naratif tentang malam kejadian tersebut dan mengenali siapakah wira yang sebenar.
Filem ini menghimpun pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Zul Ariffin selesai menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul atau atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin memuat naik fotonya di hadapan Kaabah beserta kapsyen ringkas, “Selesai.”
Pelakon filem Sangkar itu juga turut memuat naik video fotonya bersama Allahyarham ibu, yang mana dia mendedikasikan ibadah yang dilakukan itu buat ibunda tercinta.
Rata-rata peminat Zul mendoakan agar ibadah umrahnya mabrur selain ramai mengatakan wajah pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan berseri-seri sepanjang berada di Tanah Suci.
“Alhamdulillah, moga mendapat umrah yang mabrur.
“Alhamdulillah, Zul Ariffin telah menjadi antara insan pilihan Allah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.
“Alhamdulillah, the most beautiful place in the world.
“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah.
“Sejuk mata memandang,” komen beberapa netizen.
Sebelum menunaikan umrah, Zul terlebih dahulu singgah di Doha, Qatar dan Dubai untuk urusan kerja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti, Raja Syahiran dan Uyaina Arshad selamat menimang cahaya mata sulung pada petang Khamis.
Berita gembira itu dikongsikan serentak oleh Syahiran, 29, dan Uyaina, 30, menerusi laman Instagram masing-masing dengan memuat naik gambar tangan putera sulung mereka.
“Assalamualaikum anakanda ku.. Penantian dihidangkan dengan rasa hiba, sayu dan gembira. Pembedahan yang berlangsung dengan selamat. Syukur Alhamdullilah.
“Menjelang Maghrib tanggal 8/9/22 anakandaku dilahirkan dengan tangisan. Semoga menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa dan agama, menjadi manusia yang baik berakhlak mulia serta seorang pemimpin yang hebat.
“Baba dan Mama cinta dan sayangkan awak sangat. Minta doa yang baik-baik daripada kalian semua untuk anak sulung kami dan semoga yang baik-baik berbalik kepada kalian juga,” tulis Syahiran dan Uyaina.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Disember tahun lalu di sebuah premis acara di Kuala Lumpur.
Syahiran dan Uyaina turut mengadakan majlis ‘baby shower’ pada 12 Ogos lalu di Janda Baik, Pahang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...