Berita

“Allah Pilih Kami Untuk Terima Kurniaan Ini,” – Bakal Timang Anak Sulung Lelaki Cahaya Mata Lelaki, Nelydia Senrose Syukur Dikelilingi Insan-Insan Baik

Share

Pelakon,Nelydia Senrose meluahkan rasa syukur kerana dikelilingi insan-insan berhati mulia yang hadir bagi meraikan majlis ‘gender reveal’ yang berlangsung pada Ahad lalu.

Menurut Nelydia, mereka yang hadir menzahirkan rasa teruja dan sudah pun menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap cahaya mata sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Doa Dan Kasih Sayang Buat Si Kecil

 

“Untuk Si Kecil kami, Ahad lalu adalah hari khas buatmu. Sebuah ruang dipenuhi insan yang hadir bukan kerana mengenalimu, tetapi kerana mereka sudah menyayangi-Mu.

“Setiap senyuman hadir dengan rasa teruja dan setiap doa yang dipanjatkan membawa harapan untuk kehidupan indah yang menantimu. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Teruja Menanti Kelahiran ‘Baby Boy’

Dalam pada itu, Nelydia turut mengakui dirinya amat teruja menantikan detik kelahiran cahaya mata sulungnya.

“Allah, pada waktu-Nya yang sempurna, telah memilih giliran kami untuk menerima kurniaan ini dan mengurniakan kami penghormatan serta keistimewaan untuk menjadi ibu bapa kamu.

“Sehinggalah tiba saat kami akhirnya dapat mendakapmu, kami akan terus menyayangimu, mendoakanmu, dan bersyukur kepada Allah kerana memilih kami untuk menjadi milikmu,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Nelydia dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan mereka bakal menyambut kehadiran cahaya mata lelaki.

Untuk rekod, pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nelydia Senrose

Published by
Nurdini Rosliza