Isteri kepada pelawak, Achey, Nor Hasanah Yahya berkongsi detik cemas selepas memaklumkan suaminya kini telah pun dikejarkan ke hospital apabila dilaporkan terjatuh daripada motosikal sewaktu ingin mengutip durian di dusun awal pagi tadi.

Menurut Hasanah atau lebih mesra disapa Anne, kemalangan ini berkemungkinan adalah hikmah daripada Allah SWT untuk suaminya itu berehat seketika selepas ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @anne_achey

“Ucapan alu-aluan daripada tokey durian yang tak sempat jual durian. Selalu main moto boleh lompat-lompat tinggi-tinggi.

“Ni pergi kutip durian jatuh sikit je dah patah @acheykintangkintung . Semua Allah dah atuur nak suruh awak berehat sebentar. Now time to rest
ok @acheykintangkintung,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @anne_achey

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh Anne menerusi beberapa hantaran di yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Anne turut memaklumkan hasil pemeriksaan x-ray, kedua-dua pergelangan tangan Achey dilaporkan patah dan turut mengelami keretakan dibeberapa bahagian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @anne_achey

“Alhamdulillah kembar. Seorang nama PATAH, seorang nama RETAK,” selorohnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa terkejut selain turut menitipkan doa semoga Achey lekas sembuh.

IKLAN

“Ya Allah. Kami doakan semoga cepat sembuh.

“Achey, Allah nak cuci dosa-dosa lama tu InsyaAllah.

“Allah ngilu, semoga lekas sembuh.

“Semoga lekas sembuh. Dah sampai masa suruh rehat tu,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

IKLAN

“Allah Nak Cuci Dosa-Dosa Lama Ni,” – Kedua Pergelangan Tangan Patah & Retak, Achey Kemalangan ‘Otw’ Kutip Durian “Allah Nak Cuci Dosa-Dosa Lama Ni,” – Kedua Pergelangan Tangan Patah & Retak, Achey Kemalangan ‘Otw’ Kutip Durian

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

“Allah Nak Cuci Dosa-Dosa Lama Ni,” – Kedua Pergelangan Tangan Patah & Retak, Achey Kemalangan ‘Otw’ Kutip Durian

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Instagram Anne Achey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI