Pelakon, Zulin Aziz mengucapkan syukur apabila singlenya, Dan Ketika Itu mendapat respon positif netizen.
Dia yang memuat naik muzik video (MV) lagu tersebut di laman Youtube baru-baru ini kini trending di Malaysia menunjukkan perkahwinan yang sepatutnya terjadi antara dia dan bekas kekasihnya.
“Ya Allah sebaknya saya,terharunya rasa bila apa yg saya cuba sampaikan sampai kat hati anda dan turut merasai apa yg saya rasa.
“Allahuakhbar Allah maha besar Allah tahu niat saya,Allah tahu apa tujuan saya.Terima kasih semua atas doa2 kalian.
Ads
“Allah mendengar doa saya,kerana saya mohon temukan dengan jodoh maka dia jauhkan saya dari lelaki itu.
“Allah melindungi saya.Saya yakin itu.
“Harini saya nampak betapa mulianya rakyat Malaysia,walau xkenal saya secara peribadi tetapi bersama2 saya merasakannya.
Ads
“Lagu ini juga cara saya berdakwah secara halus.
“Kita hanya merancang namun Allah sebaik2 perancang,yg terbaik hanyalah dariMu ya Allah ya tuhanku.#danketikaitu,” tulisnya di Instagram.
Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengesahkan sudah bergelar tunangan kepada jejaka Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG, dua minggu lalu.
Katanya, dia tidak mahu heboh mengenai kisah pertunangan dengan jejaka asal Perth itu kerana mahu memberi ruang buat diri dan si tunang.
Bagaimanapun, bintang cantik itu tidak menafikan, fasa tunang merupakan suatu fasa yang paling manis, apatah lagi sesi berkenaan sebenarnya dilakukan secara mengejut, tidak dirancang.
“Saya sudah bertunang pada 23 Oktober lalu. Ketika itu saya di Langkawi dan dia ada menyatakan hasrat untuk bertunang. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan saya kini bergelar tunangan orang,” katanya kepada MH sambil menunjukkan cincin tunangnya.
Ditanya perihal detik awal perkenalannya dengan lelaki berusia pertengahan 30-an itu dengan lebih lanjut, Raja Ilya memberitahu hubungan yang dibina tidaklah berlaku dengan pantas.
Sebaliknya, mereka kenal antara satu sama lain secara tak sengaja ketika dia masih berkhidmat sebagai pramugari bersama Air Asia lebih tujuh tahun lalu.
“Jujurnya saya pernah alami fasa kecewa sekitar tahun 2011 lalu mengambil keputusan untuk beralih kepada kerja di awan biru sekejap. Saya kenal tunang pun setahun selepas itu apabila dia menaiki pesawat sama. Saya pula ketika itu sedang bertugas dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand.
“Awalnya, saya bersama krew kabin lain memang dah perhatikan dia. Saja suka-suka dengan rakan sekerja. Masa tu pun, saya jugalah yang lakukan safety demo dan ada perasan, dia pandang dan senyum saja.
“Masa mendarat, saya tengah kemas-kemas tempat duduk penumpang lalu terjumpa boarding pass dia. Saya ambil dan tiba-tiba terselit pula nombor telefon dan akaun Facebooknya.
“Masa tu pula saya satu-satunya pramugari, jadi saya fikir ia memang ditujukan untuk sayalah,” katanya seloroh mengimbau memori.
Terdahulu, Ilya ditemui di set penggambaran drama Syurgaku Tak Sempurna 2 di Ombak Kitchen, Shah Alam pada Sabtu. Turut sama di set berkenaan ialah para pelakon lain seperti Haliza Misbun dan Zarina Zainoordin.
Syurgaku Tak Sempurna 2 merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri pertamanya yang sebelum ini merekodkan bilangan penonton lebih 4.4 juta ketika bersiaran di Hypp TV tahun lalu.
Drama bersiri sebanyak 30 episod itu bakal bersiaran menerusi saluran sama, Mac tahun hadapan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa kesyukuran saat dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2018, semalam.
Katanya, kemenangan ini merupakan rezeki filem Dukun yang terperap selama 12 tahun.
“Alhamdulillah, saya bersyukur Dukun diberi peluang untuk bertanding walaupun selepas 12 tahun.
“Tipulah kalau saya tak mahukan kemenangan untuk filem ini sedangkan dah berusaha keras kan?
“Sebenarnya sebelum melakonkan watak Diana Dahlan itu, saya dah tahu ia adalah ‘winning character’, cuma tinggal cara pembawakannya sahaja.
“Alhamdulillah, saya dapat bawakan watak itu dengan sebaik mungkin sampai jilat dinding semua,”katanya kepada MH.
Sementara itu, Umie mengakui bahawa dia memang sangat memilih dalam soal pemilihan watak.
“Saya memilih skrip sebab watak boleh pergi jauh dengan skrip yang bagus, tapi kalau tak bagus. Susah.
“Disebabkan itu, apa-apa sebelum saya bersetuju dengan sesuatu projek, saya akan minta tengok skrip dahulu,” katanya lagi.
Filem Dukun membawa pulang 5 trofi di ASK 2018 menerusi Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik Filem dan Filem Terbaik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.