“Allah Maha Pengatur, Pada Tarikh Yang Sama,” – Datin Niena Baharun Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Share

Pelakon, Datin Niena Baharun memaklumkan telah selamat melahirkan anak keduanya pada Sabtu di Prince Court Hospital, Kuala Lumpur.

Kongsi Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun turut meluahkan rasa syukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.

“Syukur Alhamdulillah! Allah Maha Pengatur. Pada tarikh yang sama, tempat yang sama & Dr. yang sama Dr. @_s__e__r__i_ 🤍 .

‘Our little girl is born, 24.10.2020’

“Thank you for the duas & wishes from all of you,

Untuk rekod, Niena telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Adiel Mikail yang kini berusia 2 tahun.

Foto: Instagram Niena Baharun

IKLAN