Penyanyi, Ashira Aziz berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibu tirinya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang Isnin.
Menurut Ashira, ibu tiri yang mesra disapa Mak Norma itu dikhabarkan baru sahaja selesai menjalani tempoh kurantin Covid-19 di Hospital Selayang, Selangor dan telah pun dibenarkan pulang.
Bagaimanapun setibanya di rumah, pada sebelah petang pula, ibu tirinya itu dilaporkan telah mengadu sakit slip disc sehingga menyebabkan dia sudah tidak mampu lagi untuk duduk mahupun berdiri.
“Semalam abah happy je sebab Mak Norma dah boleh discharge dari hospital Selayang setelah beberapa hari quarantine disana. Abah kemas rumah, yayyy abah ada teman balik.
“Mak Norma dah sampai rumah pagi tadi. Alhamdullilah, petang pulak abah mesej Mak Norma sakit kuat. Slip disc dia sakit menyerang. Dia tak boleh nak duduk atau bangun walaupun nak bergerak susah sakit.
“Abah kembali susah hati. Allah lebih sayangkan Mak Norma, 6.20pm Allah jemput Mak Norma balik. Allah nak Mak Norma rehat tanpa sakit lagi,” tulisnya.
Ads
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan isteri kepada penyanyi, Bad Indigo itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Ashira turut menitipkan ucapan penghargaan buat arwah ibu tirinya itu kerana telah menjaga bapanya dengan baik selama ini.
Pada masa sama, Ashira mengakui dirinya berasa agak ralat kerana tidak berkesempatan untuk memenuhi permintaan ibu tirinya itu untuk melihat dia sekali lagi menimang cahaya.
“Mak Norma, terima kasih jagakan Abah selama ini, jaga makan minum abah, jaga pakai harian abah, jaga waktu abah sakit dan selalu ambik berat pada kami. Last kita jumpa bulan puasa yang lalu.
Ads
“Mak Norma cakap jangan lupa ‘Oshin kena ada Zuriat lagi’. Maafkan Oshin Mak Norma belum ada rezeki dan mungkin tidak akan terjadi. Oshin dah sayang Mak Norma macam Ibu sendiri.
“Mak Norma rehat lah ok. Jenguk-jenguk abAh dan kami selalu tau. Nanti shin rindu laksa Mak Norma siapa nak buatkan. Selamat berehat Mak Norma Assalammualaikum,” luahnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga arwah ibu tirinya itu ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
Ads
“Salam takziah. Semoga beliau ditempatkan dalam golongan beriman.
“Salam takziah akak. Akak kena kuat dan doa banyak-banyak. Don’t give up okay. Akak take care ye.
“Salam takziah buat sis sekeluarga. Semoga khusnul khotimah dan syurga bersama orang-orang beriman,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Ashira dan Bad baru sahaja mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 11 Mac lalu.
Ini adalah perkahwinan kedua masing-masing. Dalam perkahwinan pertama, Ashira dikurniakan seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.
Sumber: Instagram Ashira Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon, Elisya Sandha, 21, yang telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan, Uzair Haqimy, 25, pada Sabtu.
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkankira kira jam 3.11 petang tadi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.
Pengantin perempuan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Dilangsungkan sederhana sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP), Elisya atau nama penuhnya,Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair yang bekerja sebagai pengurus produksi.
Menurut Elisya, dia dan suami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2022.
“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir. Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.
“Dengan situasi pandemik COVID-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian mendadak naik, segala segalanya perlu dipercepatkan.
“Termasuk dalam soal membina masjid ini. Kita dahulukan yang wajib dahulu. Insya-Allah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis.
“Cuma tarikhnya belum tahu lagi,” kata adik kepada aktres terkenal, Fasha Sandha ini.
Berkongsi mengenai personaliti suaminya itu, Elisya mendedahkan Uzair sebagai lelaki penyayang dan bertanggungjawab.
“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah sikapnya menjaga dan menyayangi keluarganya.
“Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik…Insya-Allah. Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.
Sementara itu, Uzair turut menyenangi peribadi isteri selain mendoakan agar semuanya dipermudahkan selepas ini.
“Elisya cukup menenangkan saya. Kami cuba melengkapi diri masing masing. Ini fasa baru untuk kami lebih serius memikirkan soal tanggungjawab. Semoga ia dipermudahkan,” kata Uzair.
Pada majlis sama, Elisya mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa turut memaklumkan yang dia menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22.
Majlis indah itu turut dipancarkan secara langsung menerusi aplikasi Zoom membabitkan adik beradik, sanak saudara dan rakan rapat.
Untuk rekod, keduanya terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada 31 Januari lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai tindakan pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaleed yang didakwa tidak sensitif oleh sesetengah warganet susulan memuat naik video yang memaparkan dirinya sedang melawat pusara penyanyi, Siti Sarah Raissuddin di saluran Youtube miliknya.
Video tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang di hati ramai pihak yang merasakan Aisar seperti sengaja ingin mengambil kesempatan diatas pemergiaan bintang berkenaan.
Akur akan kesilapannya itu, Aisar kemudiannya difahamkan telah pun memadam video tersebut tidak lama selepas dimuat naik.
Menerusi sebuah ciapan di laman Twitter, Aisar mendedahkan dia mengakui akan kesilapannya itu malah turut menyifatkan dirinya juga tidak berfikir panjang sewaktu pembikinan video tersebut.
“As salam semua. Saya telah pon delete video tersebut. Saya mintak maaf sangat-sangat atas keluarga arwah dan juga tidak berfikiran jauh sebelum upload video tersebut.
“Won’t repeat it again. Mintak maaf ya semua. Minta Maaf lagi sekali saya sedar kesilapan saya,” tulisnya.
Permohonan maaf tersebut turut ditujukan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Siti Sarah lebih-lebih lagi buat suaminya yang juga merupakan pelawak, Shuib Sepahtu.
Aisar turut menambah, dia kini sedar akan kesilapannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang.
Ciapan tersebut mendapat perhatian ramai selepas hampir 3,000 ulang selain turut dihujani ribuan komen daripada netizen.
Terdahulu, menerusi video berkenaan, Aisar dilihat turut sempat keluar daripada kereta yang dipandunya lalu meluru ke arah pagar perkuburan berkenaan.
Tidak lama kemudian, Aisar dilihat berpatah semula ke arah keretanya.
Selain aktif di media sosial, Aisar juga pernah membintangi beberapa drama antaranya Chandelier dan Lelaki Lingkungan Cinta.
Sumber: Twitter Aisar Khaled
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Elly Mazlein baru-baru ini ada melakukan riviu tudung pemberian ikhlas rakan selebriti, Allahyarham Siti Sarah yang telah pergi mengadap Illahi pada pagi Isnin.
Berlakon sebagai pelajar sekolah yang dikenali sebagai Melati, Elly dirakam sedang memohon izin ‘ibunya’ untuk pergi ke sekolah kerana ada aktiviti sukan dan persatuan.
Tampak manis, penyanyi Dusta Cinta itu turut mengenakan tudung jenama arwah, Loveta dalam rona merah jambu cair.
“Tasya (nama panggilan buat Siti Sarah), merinduimu @lovetahq. Pemberian ketika itu,” tulis Elly sebagai kapsyen.
Elly yang sinonim dengan gelagat spontan dan lucu mendapat perhatian peminat dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 300,000 kali bersama komen yang pelbagai.
Antaranya;
“Cantik macam budak sekolah. Sama macam arwah kalau pakai tudung ni nampak macam budak sekolah jugak.”
“Adoooi gelak sakan saya.”
“Cantiknya kak. Warna Puteri Islam. Semoga pahala terus mengalir untuk Siti Sarah.”
“Nak jumpa Cikgu Azlan ke?”
“Kak Pom dengan Kak Ratasya sama-sama mega. Tapi kini tinggal Kak Pom je.”
Terdahulu, isteri kepada pelawak, Shuib itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...