Penyanyi dan pelakon, Ifa Raziah memaklumkan karnirval Starvendors Mega Raya Fest 2021 telah dibatalkan selepas pihak kerajaan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 7 Mei ini.
Akur dengan insiden yang berlaku, Ifa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn. Bhd telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat di atas pembatalan karnival tersebut.
Pada masa yang sama, penyanyi berusia 45 tahun ini memberitahu akan memulangkan semula semua bayaran yang telah dibuat oleh para vendor atau penyewa tapak.
“PENGUMUMAN STARVENDORS EVENT SDN BHD* Assalammualaikum dan Salam Vaksin Raya 2021.
“Terlebih dahulu pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD ingin memohon maaf kepada semua vendorian, selebriti, tenaga kerja, kontraktor, kru dan semua yang telah bekerjasama menjayakan event kami.
Ads
“Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesabaran anda semua kerana sudi menunggu dan memberikan ruang dan kesempatan kepada pihak pengurusan STAR VENDORS / PWTC / MKN untuk berbincang & mencari jalan penyelesaian untuk keputusan pengumuman MCO 3.0 PKP di Wilayah Kuala Lumpur.
“Setelah berbincang dengan pihak PWTC dan pihak berkuasa, dan disokong oleh kenyataan Menteri Wilayah, pihak kami tidak, dibenarkan meneruskan Starvendors Mega Raya Fest 2021. Semua acara lain sedang & akan berlangsung di PWTC, telah dibatalkan.
“Pihak pengurusan STAR VENDORS dengan rela hati akan MEMULANGKAN semula semua bayaran yang telah dibuat kepada akaun Starvendors. Ini sejajar dengan janji Ketua Pegawai Eksekutif, Ifa Raziah di sidang media STAR VENDORS MEGA RAYA FEST 2021 pada 24th April 2021 lalu.
Ads
“Proses bayaran balik akan dibuat dalam tempoh 60 hari waktu bekerja bermula dari Tarikh 7hb Mei 2021.Untuk segala proses refund, sila hubungi dengan staff yang anda berurusan.
“Allah datangkan ujian supaya kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar, Allah hilangkan sesuatu supaya kita redha, ada hikmahNYA. Doa yang baik-baik, Insyallah yang datang semua yang baik-baik.
“Akhir kata pihak pengurusan STARVENDORS EVENT SDN BHD mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN . Jumpa kami pada event akan datang,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di Instagram.
Sekadar informasi, karnival Starvendors Mega Raya Fest dijadualkan bakal berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Putra (PWTC) bermula 7 sehingga 9 Mei.
Foto: Instagram Ifa Raziah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Indonesia, Ade Firman Hakim dilaporkan meninggal dunia hari ini pada Isnin pada usia 32 tahun.
Menerusi laporan Kompas.com, adik kepada Allahyarham iaitu Dai Tirta memaklumkan berita tersebut dan memberitahu abangnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.20 petang.
“Iya (meninggal) diduga Covid-19. Meninggal pukul 17.20 sebelum Maghrib,” katanya seperti yang dipetik.
Difahamkan, jenazah akan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tegal Alur, Kalideres, Jakarta Barat.
Allahyarham memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2008 lalu.
Selain menceburkan diri dalam bidang lakonan, arwah turut aktif dalam dunia nyanyian dan sempat melancarkan empat buah single, termasuk Perahu Biru yang dilancarkan Februari lalu.
Sumber: Kompas.com & TribunNews
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan tular sepotong video pendek yang merakamkan aksi tarian lentik seorang penari lelaki yang dikatakan mirip pengacara Datuk AC Mizal, tidak semena-mena penganjur majlis berkenaan pula menerima tempias dikecam netizen.
Pelbagai komen telah ditinggalkan netizen gara-gara tindakan penganjur yang mengundang penari mempersembahkan tarian yang dianggap terkinja-kinja. Ia sekaligus dilihat kurang sesuai dan tidak sensitif dengan norma masyarakat di negara ini.
Mengulas mengenai perkara itu, pengasas produk kecantikan Bleu iaitu Ikmal Lee menjelaskan, tarian yang dilakukan oleh para penari hanya bertujuan menghiburkan tetamu semata-mata.
“Selepas video penari lelaki itu tular, tak fasal-fasal saya turut dikecam netizen kerana mengundang penari membuat persembahan dalam majlis itu. Ada yang kata saya tak sensitif, bawa penari lembut berperwatakan perempuan.
“Saya pun pelik disebabkan rakaman pendek persembahan itu orang terus tuduh macam-macam, sampai ada yang kata anjur majlis maksiat ketika negara berdepan pelbagai ujian.
“Saya nak jelaskan penari yang saya jemput buat persembahan itu ialah penari profesional. Semasa itu mereka menjadi penari untuk lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga.
“Jadi memang sesuailah dengan rentak lagu. Takkan lagu rancak nak menari tradisional pula. Tak sesuai la kan?,” katanya.
Penari tersebut diundang bagi mengiringi persembahan nyanyian Ayu Damit bersempena pelancaran produk krim kecantikan ‘The Bleu Whitening Creme’ di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, minggu lalu.
Dalam pada itu, usahawan muda berusia 26 tahun ini memohon orang ramai menghentikan kecaman terhadapnya dan penari berkenaan.
“Sejujurnya masa awal-awal tengok video itu saya pun terhibur sebab orang samakan penari dengan Datuk AC, cuma yang tak best bila kami sebagai penganjur pula dikecam dan dituduh bukan-bukan hanya kerana rakaman video beberapa saat itu.
“Niat saya hanya nak hiburkan tetamu. Lagi pun kita ikut tema European style, jadi suka hati kamilah nak buat show macam mana pun sebab kami bayar mahal.
“Jadi saya rasa cukup-cukuplah kecam… apa la sangat tarian tu! Bukan melampau pun, hanya tarian biasa,” ujarnya.
Sebagai selebriti, ada kalanya mereka tidak sedar peranan yang mereka mainkan sedikit sebanyak telah menjadi inspirasi dalam kehidupan orang lain.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Diana Danielle selepas mengetahui ada pasangan yang ingin menamakan anak mereka sempena dengan namanya.
Jelas individu berkenaan, nama tersebut telah diberikan kepada adiknya yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lepas.
Katanya lagi, keputusan tersebut dibuat oleh bapanya kerana terlalu meminati dengan lakonan Diana.
“Assalamualaikum Kak Diana, harap sihat sentiasa. Saya tak tahu kakak akan baca atau tak. Saya nak bagi tahu, semalam adik saya baru sahaja dilahirkan. It’s baby girl.
“Ayah saya minat sangat dekat kakak. So dia bagi nama adik saya Nur Dianan Danielle sempena nama kakak. Thank you for give inspiration in your acting career. Semoga urusan kakak dan family dipermudahkan,” tulisnya individu berkenaan.
Kisah tersebut dikongsikan oleh isteri kepada pelakon, Farid Kamil ini menerusi ruangan Instagram stories.
Akui berasa sangat tersentuh, Diana berharap agar bayi perempuan tersebut akan membesar menjadi anak yang solehah dan berguna buat keluarga.
“Comelnya! Akak terharu. Semoga adik membesar jadi anak solehah, penyejuk hati ibu ayah dan berjasa kepada family dan agama,” balasnya.
Sumber: Instagram Diana Danielle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish menzahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli, berjaya menamatkan pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Turut hadir...