Penyanyi, Baby Shima bersyukur kerana terselamat daripada bencana tsunami yang melanda Selat Sunda, Indonesia Disember tahun lalu.
Shima ketika ditemui di ibu kota bersempena Majlis Iftar MVM Production dan Rusa Music Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Al-Barakh menjelaskan, Allah masih menyanyanginya kerana diberi kesempatan untuk masih bernafas.
Malah apa yang berlaku membuatkannya lebih menghargai kehidupan.
“Sebenarnya bersyukur sangat-sangat sebab terselamat dari bencana tsunami tahun lepas.
“Ceritanya macam ni, Abang Pasha (vokalis kumpulan Ungu) ada beritahu, dia nak undang saya untuk sertai suatu majlis sebab kami berdua rapat.
“Tiba-tiba dia mesej saya, beritahu nak tukar tarikh dan tarikh penukaran itu adalah hari sebelum tragedi tersebut berlaku,” kata Shima kepada MH.
Ads
Tambah Shima atau nama penuhnya Nor Ashima Ramli bersyukur kerana Allah telah memberi petunjuk kepadanya.
“Saya rasa Allah dah bagi petunjuk awal-awal untuk saya dan Pasha supaya tak pergi join event tu.
“Masa itu, Abang Pasha ada whatsapp saya, dia kata “syukur ya.. kita enggak sampai ke sana”,” kongsi Shima yang popular dengan lagu duet bersama Floor 88 berjudul Roadblock Hatiku itu.
Ads
Pada masa sama, Shina turut menjelaskan dia berniatahu bertemu dengan seorang pakcik di kawasan bencana.
Bagaimanapun, ia tinggal harapan memandangkan pakcik yang dimaksudkan turut terlibat dalam tragedi berkenaan hingga meragut nyawanya.
Ads
“Niat saya nak jumpa dengan seorang pakcik ni, sebab kami pun saling mengenali dan rapat juga.
“Tapi tak kesampaian sebab pakcik tu terlibat dengan bencana tsunami,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Shima dan Floor 88 akan berkolaborasi buat kali kedua menerusi lagu Tak Dapat Raya selepas popular dengan lagu Roadblock Hatiku.
Sehingga kini muzik video raya itu telah mendapat 2.6 juta tontonan selepas dimuat naik di Youtube minggu lalu.
Foto/Video : Instagram Baby Shima/ Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tular sejak semalam mengenai panggilan ‘Baby Sayang’ gara-gara pertanyaan netizen kepada Mira Filzah gelaran Baby atau Sayang yang lebih senang digunakan.
Mengakui lebih menggemari dipanggil Baby Sayang, natijahnya, kini Baby Sayang di mana-mana.
Menjawab persoalan di Insta Stories, ulas Mira, dia sememangnya menggunakan gelaram tersebut namun tidak dijelaskan dengan siapa.
Tambahnya lagi, dia tidak mahu terlalu menyebut Baby Sayang bimbang netizen muak mendengarnya.
Kepada yang terlepas pandang, MH kongsikan video manja ini dengan tatapan mata.
Konflik yang berlaku dalam masjid yang dibina pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya terlerai apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Serentak dengan berita berkenaan, netizen masing-masing meluahkan rasa sedih serta memberikan dedikasi sokongan buat pasangan berkenaan. Malah, rakan selebriti juga turut meninggalkan reaksi masing-masing, khasnya di Instagram Bella.
Bagaimanapun, perkongsian yang dibuat si bapa, Ag Astillah yang juga merupakan seorang kompser, cukup menyentuh hati. Perkongsian tersebut dibuat terhadap anak sulungnya itu menerusi Instagram, sehari lalu.
“Ayah doakan anak ayah baik2 sahaja biarla orang nak cakap apa kakak masih ada kelurga yang selalu d belakang kakak susah senang hanya keluarga yang tahu yang pting jaga ayden dan besarkan dngn baik supaya jadi anak yang soleh aminn @bellaastillah @aydenadrean17,” tulisnya.
Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden, dua tahun.
Selasa lalu, dunia hiburan dikejutkan apabila viral pula Aliff Aziz apabila foto tidak memakai baju bersama seorang gadis bernama Mell tersebar di laman sosial.
Perkara itu membuatkan isterinya Bella Astillah mengambil keputusan tegas mempertimbangkan untuk hidup bersama anaknya tanpa Aliff, sehari selapas insiden.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.