Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menyifatkan sebagai manusia, kita tidak berhak untuk menilai kehidupan orang lain terutamanya buat mereka yang sedang dilanda dengan pelbagai dugaan.

Menurut Bella yang juga merupakan isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz, kita sepatutnya melihat permasalahan orang lain dengan rasa belas kasihan selain turut mendoakan semoga Allah menunjukkan mereka jalan keluar yang terbaik.

“Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada… “Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada…

Katanya lagi, dugaan yang berlaku terhadap orang lain turut boleh terjadi kepada diri kita sendiri seandainya kita tidak bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

IKLAN

“Berhenti menilai orang. Itu tugas Yang Maha ESA bukan tugas anda. Sebaliknya lihatlah orang dengan belas kasihan & empati.

“Ingat, apa sahaja yang berlaku kepada mereka boleh berlaku kepada anda. Ia mampu bertukar. Allah s.w.t akan menunjukkan seberapa cepat anda boleh berada di kasut yang sama. Sentiasa merendah diri,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua orang anak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

“Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada… “Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada…

Dikesempatan itu juga, Bella turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa merendah diri dan berfikiran positif terhadap orang lain.

Sekadar informasi, Bella dan Aliff telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 9 September 2016.

IKLAN

Bagaimanapun, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan mereka bercerai pada 2019 namun telah rujuk kembali semasa dalam tempoh iddah.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

“Allah Akan Tunjuk Seberapa Cepat Anda Boleh Berada Di Kasut Yang Sama,” – Berhenti Nilai Orang Lain, Ini Nasihat Bella Astillah Kepada…

Sumber: Instagram Bella Astillah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI