Pelakon Fizo Omar bakal menyambut kehadiran anak kedua selepas isterinya, Fazeera Nazri mendedahkan dia kini sedang hamil.

Di dalam sebuah perkongsian video di Instagram pada Ahad, Fazeera, 26 membuat kejutan kepada Fizo dengan memberikan alat ujian kehamilan.

“Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah!

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya hamil.

“Alhamdulillah, untuk hadiah paling bermakna Allah kurniakan buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

Reaksi teruja spontan yang diberikan Fizo menerusi video berdurasi 50 saat itu menarik perhatian ramai dan sehingga kini ia sudah pun ditonton lebih 100,000 tontonan.

“Maksudnya awak hamil? Serius? Saya cintakan awak. Biar betul sayang?

IKLAN

“So made in Janda Baik la ni? Ya saya sangat gembira,” kata Fizo dalam video terbabit.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 36, turut meninggalkan komen pada hantaran video itu.

“Saya adalah bapa paling gembira saat ini. Saya cintakan awak sayang,” tulisnya.

Sementara itu menerusi hantaran berasingan, Fazeera turut berkongsi foto ‘baby bump’ yang kian jelas kelihatan.

IKLAN

“Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah!

“Saya harap wajah kamu persis bapa anda yang menawan,” tulis Fazeera pada ruangan kapsyen.

Lalu, rata-rata netizen turut sama tumpang gembira seterusnya menitipkan ucapan tahniah selain mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar.

IKLAN

Fazeera bagaimanapun tidak memaklumkan usia sebenar kehamilannya.

“Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah! “Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah! “Alhamdulillah Untuk Hadiah Paling Bermakna Allah Kurniakan Buat Kami…,” – Isteri Fizo Omar Hamil, Tahniah!

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober tahun lalu di dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini adalah perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun berpisah pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang mata perempuan, Wan Maryam yang kini mencecah usia 5 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI