Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) menyambut kedatangan tahun baru 2024 dengan menunaikan umrah di Tanah Suci.
Turut berada di sisinya di dalam rombongan berkenaan termasuk ahli keluarga bersama anak lelakinya,Noah Aidan Sinclair dan suami tercinta, Tiko Aryawardhana.
Malah momen indah mereka turut dikongsikan BCL buat tatapan umum di platform Instagram.
“Alhamdulillah… umrah di malam terakhir di tahun 2023. Thank you 2023, its been amazing. Happy new year,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Perkongsian berkenaan pantas menjadi sorotan warganet dan ada di antaranya yang mendoakan semoga mereka meraih umrah mabrur dan dipermudahkan urusan.
Foto berkenaan sehingga kini menerima lebih 500,000 tanda suka.
Ads
Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan di Resort Amankila, Bali, Indonesia pada 2 Disember lalu.
Menerusi majlis akad nikah berkenaan, BCL menerima mas kahwin bernilai sekitar 212 juta rupiah (RM63,000).
Ads
BCL sebelum ini bernikah dengan pengacara dan aktor dari Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 12.
Jodoh tidak panjang, Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Model dan hos, Ain Edruce sebelum ini menerima reaksi pelbagai warganet di media sosial selepas memuat naik fotonya yang memakai seluar meski baru seminggu bersalin anak pertama.
Menerusi resksi yang diberikan warganet, ada yang mendakwa Ain seolah-olah tidak jaga pantang dengan betul walaupun tujuan asal dirinya keluar adalah untuk membawa bayinya membuat pemeriksaan di hospital.
Terkini menerusi Instagram, Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce menulis kapsyen dengan memaklumkan dia ke hospital sebagai rutin pemeriksaan anaknya pada hari ke-10 berpantang.
Isteri kepada pelakon Syukri Yahaya ada berkongsi keratan video tular berhubung badai ‘belalai air’ serta hujan lebat beberapa hari lalu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, beberapa hari lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, dia rasa meremang apabila menonton sedutan rakaman berkenaan dan mengakui Dia berkali-kali memberikan umatNya peluang untuk bertaubat.
“Happened in Tg. Tokong, Penang. Allahuakbar.. meremang rasa bila tengok video ni.. Benarlah, Allah berkali-kali bagi kita peluang untuk bertaubat tanpa jemu.. tapi kita? masih LEKA.
“Sedangkan dunia hanyalah pinjaman untuk kita semua,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon berbakat, Beto Kusyairy, Tisha binti Shahar, mengimbau kembali detik duka dalam hidup apabila kehilangan kembarnya, yang dikenali sebagai Nisha akibat kemalangan pada tahun 2005.
Jelasnya menerusi Instgram, adalah sukar baginya sekeluarga untuk menerima hakikat tersebut.
“Losing A Sister. The ones yang kenal T, knows that I was born with a twin sister, Nisha binti Shahar. I call her Kak, Nish or Motz. In short for, Comot. Dia panggil T, adik or Tart. Besides K, only dia je panggil me,Tart. In short for cweetart. Means Sweetheart.
“I am going to share how I lost Nish to a car accident. From the day I got the news of her accident, leading to the day she passed and how my family copes with a death in the family. It’s not easy and it will never get easy. It will never be the same,” tulisnya.
Jelas Tisha, kembarnya keluar awal tiga minit dan mempunyai sifat yang cukup penyayang dan melindungi.
“Nish is older by 3 mins. Dia slalu joke dengan T. You only let me have the attention for 3 mins before you came out and the attention goes to you! Ada yang cakap sape keluar dulu, is adik pasal kakak mengalah bagi adik keluar dulu.
“Nish hates that. She loves being the elder one. T suka being the younger one. She spoils and protects me like we are ages apart!
“Nish, she has a heart made of gold! She is more friendlier, baik, helps others even when it is out of the way which I really hate. Orang slalu take her for granted but that’s her. My Nish. Tapi… ada tapi! Dia garang.
“To her, buat lah apa pun. Cakap lah apa pun pasal dia, she does not care. Do it to me? End of story. You will know what Nish is capable of. Tiada maaf bagi mu!
“Masa, T sekolah dulu T kena bully. The only reason Nish agrees to leave that school is because of me. If not, she would have fought. She will never give up. She wanted me to have better memories of high school and I thank her for that! When we moved to SMBB, I was not the happiest but I was at ease. Alhamdullillah.
“Kami kembar satu uri. We look the same but different characters. She knows me well. Even when I want to pee, she feels it. Dia sakit, T pun akan sakit. We were never apart until we had to go to college. I remember Pa had to pay quite a bit on phone bills,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Tisha turut berkongsi kisah yang telah disampaikan ibu mereka.
“Ma pernah citer, when we were babies, she will put us apart, tapi somehow we will find our way to be close. Walaupun yang kena tu selimut.
“Never had it cross my mind that you will be taken away from me. Adik rindu. Sangat.! #lafamiliadetishita #mytwinsister #missingyou #motzandtarts #alfatihah #tobecontinue#part1of4,” kongsi Tishar panjang lebar.
Difahamkan, Nisha Shahar terbabit dengan kemalangan yang melibatkan sebuah treler yang dipercayai telah diletakkan di bahu jalan sekitar 2005.
Beto juga pernah berkongsi pengalaman menyaksikan bagaimana Tisha turut merasai kesakitan pada dada, selain sukar bernafas ketika proses bedah siasat jenazah Nisha sedang dijalankan.
Foto : Instagram Tisha Shahar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Bollywood, Saif Ali Khan, kini berdepan dua cabaran undang-undang besar yang boleh menyebabkan beliau kehilangan harta pusaka keluarganya bernilai lebih ₹15,000 crore...