Bekas isteri kepada arwah Abam, Siti Norhidayah meluahkan rasa gembira apabila anaknya, Syed Uthman Hamzah kini sudah mulai pandai berjalan.
Anak tunggal kepada Allahyarham pelawak yang disayangi ramai itu sudah mencecah usia lebih setahun.
Di samping itu, Hidayah mendoakan agar anaknya membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh.
“Moment my dear son Alhamdulillah, thanks to Allah. Hamzah already know how to walk. Falling and getting up is normal, learning process, Keep it up and you can do it.
Ads
“May God bless you and grow up to be a good child.Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar.. Aamin
Pelakon yang juga ibu mentua kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Khaty Fauziah menzahirkan rasa syukur apabila menantunya itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.
Bintang senior itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada ahli politik tersebut yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap menteri.
Titipan tersebut dikongsikan Khaty menerusi satu hantaran di Instagram.
“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa2 mommy, semua ahli keluarga, sahabat2 handai, rakan2 taulan serta penyokong2 diatas kemenangan dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya.
Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis serta pengikutnya di Instagram turut sama meninggalkan komen serta memberi ucapan tahniah buat ahli politik berusia 62 tahun itu.
Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu menerusi platform sama, Khaty turut memberikan dedikasi sama selain mendoakan kesejahteraan menantunya itu.
Pasangan pengantin yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, pelakon Mira Filzah bersama usahawan, Wan Emir Wan Astar kelihatan sangat manis dan secocok di majlis resepsi kedua.
Malah, aktres jelita ini kelihatan sangat berseri di majlis resepsi kedua tersebut yang telah berlangsung di A Park, Puchong hari ini.
Pengacara dan usahawan, Nabil Mahir meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pengguna media sosial yang gemar menggunakan agama untuk mencaci orang lain meski diri sendiri belum pun tentu sempurna.
Malah, tunang kepada Ayda Jebat itu turut menempelak mereka yang sanggup membuat akaun palsu demi menghentam orang lain.
“Ramai kat Instagram ni suka caci orang pasal agama tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga. Kelakar ramai yang sampai sanggup buat fake account sekadar nak kutuk maki. Best ke?
“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan. Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin,” tulisnya pada satu posting video pendek yang dikongsi Nabil di Instagram.
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo...