Syukur Ya Allah berkat doa daripada anda semua selepas mengetahui apa yang dialami oleh kumpulan nasyid UNIC baru-baru ini, kini mereka sudah dibebaskan dari tahanan polis yang didakwa cuba memasuki Syria secara haram.

Semalam MH telah melihat update terbaru di akaun Instagram official UNIC dan terdapat dua perkongsian video yang merakamkan ahli kumpulan UNIC serta dua lagi wakil misi bantuan Syria menjelaskan keadaan sebenar yang terjadi di sana.

Dalam video mereka ini, mereka telah mengucapkan rasa syukur kerana sudah dibebaskan malah turut berterima kasih kepada semua yang berdoa untuk mereka di sana.

Namun begitu pada video pertama yang merakamkan ahli kumpulan UNIC dilihat salah seorang ahli, Bazli telah bercakap dengan nada yang sedikit marah dan menyebut nama salah seorang krew dalam misi tersebut yang dikatakan menjadi punca mereka ditahan.

IKLAN

Rata-rata netizen juga turut mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana mereka semua selamat di sana.

Bagaimanapun ramai juga yang meminta video tersebut di edit terlebih dahulu kerana ada bahagian Bazli menyalahkan sesetengah pihak agak tidak bersesuaian dengan imej mereka dan demi menjaga nama kumpulan UNIC.

radhidahlan: Allah bantu orang berniat baik. Alhamdulillah dan tahniah kepada kalian. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah. Amin…

IKLAN

yusra.baharuddin: Alhamdulillah yang penting selamat, tak apa, manusia semua akan “TER”buat silap.. Itulah yang namanya insan.. Hope sangat @unicofficials cut yang part bazli tu..

ainolathirah: Allah baru jentik sikit kan. Ni nama dia jihad. Sabarlah. Takde org yg takkan ditimpa ujian. Niat elok dah pegi sana nak bantu sesama saudara Islam kita. Relax. Tak perlu marah2 dan menyalahkan orang lain. Semua orang stress dan terkejut sebenarnya. Jadi banyak2kan bersabar dan berdoa. Kami disini mendoakan keselamatan kalian. Admin @unicofficials mohon edit balik video ni. Cut bahagian hujung part bazli tu supaya takde orang salah faham.

Menerusi satu lagi video perkongsian mereka, kini mereka semua sudah berada dalam keadaan selamat di Istanbul, Turki dan mereka juga turut berkongsi momen gembira kerana berjaya membantu pelarian Syria dalam misi kali ini.

IKLAN

Terharu melihat rakyat Malaysia yang bermuloa hati membantu saudara-saudara Islam kita di sana.

Apapun MH doakan segala urusan mereka di sana dipermudahkan.

Sumber: Instagram UNIC Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI