Penyanyi Alif Satar bersyukur apabila memaklumkan isteri dan tiga orang anaknya negatif Covid-19.

Berita gembira itu dikongsikan hos program Big Stage itu menerusi hantaran terkini di Instagram, awal hari ini.

Bagaimanapun sebagai langkah keselamatan, isteri dan anak-anaknya tetap menjalani kuarantin di rumah selama 2 minggu.

IKLAN

“Alhamdulillah, Isteri Dan Anak-Anak Bebas Covid-19,” – Alif Satar Maklum Perkembangan Terkini Keluarganya

“Allah SWT makbulkan doa kalian semua. Alhamdulillah, isteri dan anak-anak Alif bebas dari Covid19, dan akan terus kuarantin di rumah selama 2 minggu.

IKLAN

“Alif menerima ribuan mesej dan kata-kata positif melalui instagram dan whatsapp, alif baca dan disini alif ucapkan terima kasih yang tak terhingga atas doa tuan -tuan dan puan- puan sekalian.

“Thank you for all that you’ve done for my family and I, I pray that Allah swt will grant the prayers you and your family as well. InsyaAllah,” tulisnya.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Alif kini sedang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin di sebuah hospital di Melaka selepas disahkan positif Covid-19, baru-baru ini.

Alif dan isterinya, Shadila Halid berkahwin pada 15 September 2014 dan kini mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI